Catatan

Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Imej
Untuk makluman ibubapa dan penjaga berikut adalah Informasi berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Penataran Pentaksiran Sekolah/Pentaksiran Bilik Darjah : https://drive.google.com/file/d/1dCUwWgVfaCpJHO2e4MSvIuTYnFOYqgYt/view?usp=sharing Brosur Semakan KSSR : https://drive.google.com/file/d/1Wa7AZDRggSHKv7GOOFylYVzE4KAu4_C2/view?usp=sharing

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-16 SKSA

      Pada 7 April 2019 telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-16 SK Seri Anggerik 2019. Kejohanan ini merupakan majlis kemuncak untuk acara Sukan Tahunan SKSA yang telah bermula sejak 25 Mac 2019 lagi. Yang Di-pertua PIBG En Azrel telah merasmikan pembukaan kejohanan kali ini. Untuk menyaksikan kemeriahan Kejohanan Sukan Tahunan SKSA boleh lihat di pautan di bawah.  https://photos.app.goo.gl/QTRqkzVRaqhF8UBN7

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-16 SKSA 2019

      Pada 16 Mac 2019 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-16 SK Seri Anggerik 2019 telah berlangsung. Semasa majlis berlangsung pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR 2018 telah diberikan penghargaan oleh pihak sekolah dan PIBG. Banyak parkara yang telah dibangkitkan oleh ibubapa dan penjaga sepanjang mesyuarat berlangsung. Perlantikan ahli jawatankuasa baharu juga telah dilantik berdasarkan undian ibubapa dan penjaga. Untuk melihat gambar-gambar sepanjang majlis boleh tekan di pautan di bawah. https://photos.app.goo.gl/pGEcY1LKuCGApvsi9

Pertandingan Bintang Anggerik 2019

      Pada 12 dan 14 Mac 2019 telah berlangsungnya pertandingan Bintang Anggerik SK Seri Anggerik 2019. Pertandingan ini telah dikelolakan oleh guru intership En Syukri. Pada 12 Mac pertandingan nyanyian telah diadakan manakala pada 14 Mac pertandingan tarian kontemporari telah diadakan. Pelajar-pelajar dari tahun 4 dan 5 telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini.  Gambar sepanjang pertandingan berlangsung boleh dilihat di pautan di bawah. https://photos.app.goo.gl/ecDqGpk7e9phxSds5

Majlis Permaufakatan KPM & PDRM SKSA 2019

        Pada 25 Februari 2019 telah berlangsungnya Majlis Permaufakatan KPM & PDRM SK Seri Anggerik 2019. Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Cheras, Sargent Azwa Bin Ahmad telah hadir untuk merasmikan majlis ini. Turut menghadiri majlis ini ialah Yang Di-pertua PIBG Tuan Haji Zainuddin. Penyampaian sijil kepada Pemimpim Muda sekolah iaitu Pengawas Sekolah, Pegawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya turut dijalankan. Serentak dengan ini Pelancaran Bulan Budi Bahasa turut dijalankan. Untuk melihat gambar-gambar sepanjang majlis boleh ikuti pautan di bawah. https://photos.app.goo.gl/XTorxso59jZAnrJn6

Penutup Minggu Transisi Tahun 1 bagi 2019

           Pada 18 Januari 2019 telah berlangsungnya Majlis Penutupan Minggu Transisi Pelajar Tahun 1 SK Seri Anggerik bagi tahun 2019. Guru Besar SK Seri Anggerik Pn Che Norizam telah menyampaikan ucapan penutupan untuk majlis tersebut. Semua pelajar tahun 1 juga turut mengadakan persembahan mengikut kelas masing-masing. Mereka telah dilatih oleh guru kelas masing-masing. Penyampaian cenderamata kepada semua pelajar tahun 1 sempena Penutupan Minggu Transisi juga berjalan dengan lancar. Gambar dan video persembahan mereka boleh dilihat di pautan di bawah. https://photos.app.goo.gl/WuquGGy3WCDTA5yk7

Pendaftaran Pelajar Tahun 1 bagi 2019

        Pada 28 Disember 2018 telah berlangsungnya Pendaftaran Pelajar Tahun 1 bagi tahun 2019 Sekolah Kebangsaan Seri Annggerik. Ibu bapa dan pelajar baru telah hadir  untuk mendengar taklimat berkenaan permulaan alam pembelajaran bakal ditempuhi oleh pelajar-pelajar tahun 1. Guru Besar SK Seri Anggerik Pn Che Norizam, GPK Hem En Rizal dan juga GPK Ko-Kurikulum En Ade Irwan telah menyampaikan taklimat. Pelajar-pelajar turut menjalani proses penyesuaian kelas pada hari tersebut. Untuk melihat  Gambar-gambar   boleh menekan pautan di bawah. https://photos.app.goo.gl/8nqqn28gUn1ViWZRA