Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

KEM BESTARI SOLAT MURID TAHUN 1 HINGGA 5

Tuan/Puan, Dimaklumkan bahawa SKSA akan mengadakan Kem Bestari Solat seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua murid Islam DIWAJIBKAN menghadiri kem tersebut. Butiran maklumat adalah seperti berikut: TAHUN 1 Tarikh: 23 Mei 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA) 10 Oktober 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA) TAHUN 2 dan TAHUN 3 Tarikh: 28 Februari 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA) 11 Julai 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA) TAHUN 4 dan TAHUN 5 Tarikh: 16 Mei 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA) 25 Julai 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA) Sehubungan dengan itu, murid lelaki dikehendaki memakai baju melayu dan bersongkok sementara murid perempuan berbaju kurung dan bertudung (warna bebas). Murid-murid juga dikehendaki membawa barang-barang yang disenaraikan: alat tulis pensil warna (Sila rujuk surat SKSA/06/09/004(01) untuk makluman penuh.

WAKTU PERSEKOLAHAN 2009

TAHUN 1 Isnin 7.20 pagi - 12.50 tengahari Selasa 7.20 pagi - 12.50 tengahari Rabu 7.20 pagi - 12.20 tengahari Khamis 7.20 pagi - 12.20 tengahari Jumaat 7.20 pagi - 11.50 pagi Catatan Isnin 12.50 tengahari - 1.50 petang Rabu 12.20 tengahari - 1.20 petang Jumaat 11.50 pagi - 12.20 tengahari (B.Tamil & B.Cina) TAHUN 2 Isnin 7.20 pagi - 12.50 tengahari Selasa 7.20 pagi - 12.50 tengahari Rabu 7.20 pagi - 12.20 tengahari Khamis 7.20 pagi - 12.20 tengahari Jumaat 7.20 pagi - 11.50 pagi Catatan Isnin 12.50 tengahari - 1.50 petang Rabu 12.20 tengahari - 1.20 petang Jumaat 11.50 pagi - 12.50 tengahari (B.Tamil) TAHUN 3 Isnin 7.20 pagi - 12.50 tengahari Selasa 7.20 pagi - 12.50 tengahari Rabu 7.20 pagi - 12.20 tengahari Khamis 7.20 pagi - 12.20 tengahari Jumaat 7.20 pagi - 11.50 pagi TAHUN 4 Isnin

SEKOLAH GANTI SEMPENA TAHUN BARU CINA

Tuan/puan Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Cuti Tahun Baru Cina bermula pada 24.1.2009 hingga 2.2.2009 (termasuk Cuti Hari Wilayah). 3. Murid-murid dikehendaki menghadiri sekolah ganti pada tarikh-tarikh tersebut: a) 17 Januari 2009 (Jadual Hari Khamis) b) 14 Februari 2009 (Jadual Hari Jumaat) 4. Semua murid telah menerima Skim Pinjaman buku teks pada tahun 2009. Sila pastikan buku-buku tersebut dibalut dengan plastik dan dijaga dengan baik. Sekian terima kasih.