Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Kem Bestari Solat Murid Tahun 1 hingga 6

Rujuk : SKSA/06/09/004(01) Dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik akan mengadakan Kem Bestari Solat seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua murid Islam DIWAJIBKAN menghadiri kem tersebut. Butiran maklumat adalah seperti berikut: Tempat : Surau SKSA. Masa : 8:00 pagi - 12:30 tengahari. Pakaian murid lelaki : baju sukan sekolah dan bersongkok. Pakaian murid perempuan : baju sukan sekolah, bertudung dan berstokin. Tarikh : TAHUN 1 : 5 MAC 2010 (JUMAAT) 24 APRIL 2010 (SABTU) 26 JUN 2010 (SABTU) 21 SEPTEMBER 2010 (SELASA) TAHUN 2 DAN 3: 27 FEBRUARI 2010 (SABTU) 8 MEI 2010 (SABTU) 10 JULAI 2010 (SABTU) 22 SEPTEMBER 2010 (RABU) TAHUN 4 dan 5: 17 APRIL 2010 (SABTU) 22 MEI 2010 (SABTU) 31 JULAI 2010 (SABTU) 23 SEPTEMBER 2010 (KHAMIS) TAHUN 6: 25 SEPTEMBER 2010 (SABTU) Bagi menjayakan Kem Bestari Solat tersebut, pihak sekolah ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak tuan bagi menampung perbelanjaan makan dan minum anak tuan serta murid yang kurang berkemam

Majlis Perkongsian Ilmu Ibubapa Guru Murid Tahun 6

Rujukan: SKSA/02/10/002(04/10) Merujuk kepada perkara di atas, pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput ibubapa murid tahun 6 untuk menghadiri Majlis Perkongsian Ilmu anjuran pihak sekolah. 2. Tujuan ceramah ini diadakan untuk berkongsi idea dan berbincang tentang cara dan kaedah bagaimana ibubapa dapat membantu anak-anak membuat persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan UPSR Kelak. 3. Di samping itu juga, majlis ini adalah satu program perkongsian maklumat dan pengalaman daripada penceramah yang juga merupakan seorang usahawan, penulis buku akademik dan tenaga pengajar bagi murid-murid tahun 6. Oleh yang demikian, adalah bertepatan bagi tuan/puan untuk menghadiri program ini. 4. Majlis ini akan diadakan pada: Tarikh : 23 Januari 2010 Hari : Sabtu Masa : 10.00 pagi (pendaftaran) Tempat : Dewan Serbaguna 1, SK Seri Anggerik

Sekolah Ganti Sempena Tahun Baru Cina

Rujukan: SKSA 02/10/001/Jld2(5)/2010 Adalah dimaklumkan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 14 dan 15 Februari 2010 (Hari Ahad dan Isnin). Sekolah akan bercuti pada 12.02.2010 hingga 21.02.2010. Oleh yang demikian sekolah ganti akan dijalankan pada ketetapan berikut: 23.01.2010 - Hari Sabtu (Jadual Hari Rabu: 07.20 pagi hingga 12.50 tengahari) 06.02.2010 - Hari Sabtu (Jadual Hari Jumaat: 07.20 pagi hingga 11.50 pagi)

Bayaran Tambahan Persekolahan

Rujukan: SKSA 02/10/001/Jld2(5)/2010 Dipohon kerjasam tuan/puan untuk menjelaskan bayaran tambahan persekolahan sebanyak RM 23.50 bagi tahun ini sebagaimana yang telah diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 31.12.2009. Sehingga tarikh ini hanya seramai 389 orang murid iaitu 38% yang telah membuat bayaran. Surat daripada pihak sekolah telahpun diedarkan kepada anak tuan/puan pada hari pertama persekolahan.

Waktu Persekolahan

Rujukan: SKSA 02/10/001/Jld2(5)/2010 Didapati masih ramai murid yang lewat hadir ke sekolah setiap hari. Diharap mendapat perhatian dan tindakan daripada tuan/puan untuk memastikan mereka berada dalam kawasan sekolah pada jam 7.20 pagi setiap hari.

Kelas Bahasa Cina/ Bahasa Tamil

Rujukan 02/10/001/Jld2(1)/2010 Anak tuan/puan digalakkan menyertai kelas Bahasa Cina (Tahun 1 dan 2) dan kelas Bahasa Tamil (Tahun 1 hingga Tahun 3) yang diperkenalkan di sekolah ini. Sila berhubung dengan pihak sekolah untuk keterangan lanjut.

Waktu Persekolahan Tahun 2010

Rujukan 02/10/001/Jld2(1)/2010 Murid Prasekolah 8.00 pagi - 12.00 tengahari ( Isnin- Khamis ) 7.50 pagi - 11.50 pagi (Jumaat) Murid tahap 1 ( Tahun 1,2,3) Isnin ( 7.20 pagi - 12.50 tengahari ) Selasa ( 7.20 pagi - 1.20 tengahari ) Rabu ( 7.20 pagi - 12.50 tengahari ) Khamis ( 7.20 pagi - 1.20 tengahari ) Jumaat ( 7.20 pagi - 11.50 pagi ) Murid tahap 1 ( Tahun 4,5,6) Isnin ( 7.20 pagi - 12.50 tengahari ) Selasa ( 7.20 pagi - 1.20 tengahari ) Rabu ( 7.20 pagi - 12.50 tengahari ) Ko-kurikulum ( 2.00 petang - 4.30 petang) Khamis ( 7.20 pagi - 1.20 tengahari ) Jumaat ( 7.20 pagi - 11.50 pagi )

Bayaran Persekolahan 2010

Rujukan 02/10/001/Jld2(1)/2010 (Kelulusan daripada JPWP pada 31/12/2010) 1. Ko-Kurikulum = RM 3 2. Kertas Ujian Dalaman = RM 6 3. Sukan Tahunan/Sukaneka Sekolah = RM 5 4. Kegiatan Pendidikan Islam/Moral = RM 6 5. MSSM = RM 2 6. Insuran Takaful = RM 1.50 Jumlah = RM 23.50

LOKASI SKSA

Imej
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.