Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

AKTIVITI GOTONG ROYONG ANJURAN SKSA &PIBG

Rujukan : SKSA/02/10/001/Jld.2(11/09) Tarikh : 26 Februari 2009 Tuan/puan, 1. Aktiviti Gotong-Royong anjuran SKSA & PIBG Dimaklumkan bahawa aktiviti gotong-royong akan diadakan pada: Tarikh : 7 Mac 2009 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari Diharap mendapat kerjasama tuan/puan untuk hadir dan bersama-sama meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah. 2. Disiplin Murid Dipohon kerjasama daripada tuan/puan untuk meningkatkan disiplin anak-anak kita kerana meningkatnya kes-kes kecurian, merosakkan harta sekolah dan barang rakan-rakan, tidak menghiraukan keselamatan diri serta menjaga kebersihan tandas. Tanpa kerjasama tuan/puan, disiplin anak-anak tidak akan dapat dipertingkatkan. Kereta beberapa orang guru telah dicalarkan oleh murid-murid dan kes ini termasuk dalam salahlaku yang berat. Pihak sekolah sedang menyiasat kes ini dan murid-murid yang dikenalpasti melakukan salahlaku tersebut akan dikenakan tindakan disiplin dan nama akan dihantar ke Jabatan Pelajaran. 3. Lar

PENDAFTARAN TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2010 DAN 2011

Tarikh : 2 Mac 2009 hingga 30 April 2009 Hari : Isnin hingga Jumaat Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang Tempat : Pejabat Sekolah Sila bawa bersama: Sijil lahir asal dan satu salinan. Bil Utiliti (Bil elektrik/Bil air/Bil telefon). Satu salinan kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga. Sampul surat putih bertingkap bersaiz 4 X 9 (115cm X 245cm). Setem 50 sen.

UJIAN BULANAN 1

Tahap 2 - tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Isnin - 2.3.2009 Bahasa Melayu (Pemahaman) Bahasa Melayu (Penulisan) Pendidikan Agama Islam/Pendidikan Moral Selasa - 3.3.2009 Mathematics (Paper2) Mathematics (Paper1) Kajian Tempatan Rabu - 4.3.2009 English (Paper1) English (Paper2) Science Khamis - 5.3.2009 Pendidikan Sivik & Kewargaanegaraan Bahasa Arab ( tahun 4 dan tahun 5 sahaja) Tahap 1 - tahun 2 dan tahun 3 Isnin - 2.3.2009 Bahasa Melayu (Pemahaman) Bahasa Melayu (Penulisan) Pendidikan Agama Islam/Pendidikan Moral Selasa - 3.3.2009 Mathematics (Paper2) Mathematics (Paper1) Science Rabu - 4.3.2009 English Bahasa Arab 1. Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa selepas peperiksaan 2. Sediakan alat tulis yang secukupnya. 3. Waktu pulang mengikut jadual persekolahan biasa. (Makluman penuh sila rujuk Jadual Peperiksaan Ujian Bulanan 1 yang telah diedarkan kepada murid-murid)

SUMBANGAN 1 MURID 1 BUKU

Tuan/Puan, Dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik akan mengadakan Pelancaran Program Galakan Membaca pada 16 Februari 2009 ini. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang bagi menjayakan program galakan membaca ini. Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk tabiat suka membaca di kalangan murid-murid, untuk direkodkan dalam buku Program Nilam yang telah dibeli oleh semua murid sekolah ini. Bagi menyokong usaha Program Galakan Membaca ini, pihak kami ingin meminta murid-murid menyumbang sebuah buku seorang untuk diletakkan di Sudut Bacaan /Mini Perpustakaan yang terletak dalam bilik darjah masing-masing. Murid akan dapat saling bertukar-tukar bahan bacaan sesama rakan sekelasnya dan juga dapat mengisi masa luang di dalam kelas dengan aktiviti pembacaan. (Makluman penuh sila rujuk surat SKSA/06/09/004(03) yang akan diedarkan kepada murid-murid.)

PROGRAM SAYANGI BUKU ANDA

Tuan/Puan, Dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik akan mengadakan Program Sayangi Buku Anda yang akan dijalankan pada bulan Februari ini. Tujuan utama program ini ialah untuk memupuk sikap bertanggungjawab, rasa menghargai dan menyayangi murid-murid terhadap buku-buku pinjaman (Buku Teks) yang diedarkan oleh pihak sekolah. Buku-buku tersebut akan digunakan oleh murid-murid lain pada tahun-tahun akan datang. Program ini akan berlangsung selama satu minggu. Butiran program adalah seperti berikut:- Tarikh : 16 - 20 Februari 2009 Waktu/Masa : Waktu Pendidikan Seni Visual (1 jam) Sasaran : Murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 Guru Penyelia : Guru SPBT dan Guru Pendidikan Seni. Sehubungan dengan itu, pada hari berkenaan (hari yang ada Pendidikan Seni Visual untuk minggu tersebut) anak-anak tuan/puan dikehendaki membawa plastik pembalut buku, selotape dan gunting yang sesuai untuk digunakan dalam aktiviti/program Sayangi Buku Anda ini. (sila rujuk surat SKSA/06/09/004(02) untuk sal

PERJUMPAAN IBUBAPA MURID TAHUN 6

Tuan/Puan, Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Seri Anggerik, Kuala Lumpur akan menganjurkan satu perjumpaan bersama ibubapa murid tahun 6 Perjumpaan ini adalah bertujuaan untuk: Memberi penerangan tentang subjek teras dalam peperiksaan iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris dan Matematik. Mempertingkatkan pencapaian UPSR bagi subjek teras. Memastikan peratusan kelulusan dan kecemerlangan terus meningkat. Persediaan yang diperlukan oleh murid sebelum peperiksaan. Strategi pembelajaran berkesan. Pengurusan masa yang efisyen. Memberitahu tentang aktiviti dan program yang akan dijalankan untuk murid tahun Enam. Perjumpaan ini akan diadakan pada Tarikh : 14 Februari 2009 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Serbaguna 1, SK Seri Anggerik. Dengan makluman ini, diharapkan ibubapa /penjaga dapat memberi kerjasama sepenuhnya demi mencapai kejayaan kelak. (Sila rujuk surat kami SKSA/02/10/001(02/09))

PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH

Tuan/puan, Sekolah telah mengedarkan kepada murid-murid: 1. Lampiran peraturan disiplin mengikut budaya dan persekitaran sekolah 2. Borang pengakuan Ibubapa/penjaga perlu membaca dan memahami kedua-dua edaran tersebut. Ibubapa/penjaga juga perlu mengisi borang pengakuan tersebut dan hendaklah dikembalikan kepada Guru Kelas pada kadar segera. Oleh itu, Buku Peraturan Disiplin wajib dimiliki oleh setiap murid dan dibawa ke sekolah setiap hari. Buku peraturan boleh dibeli melalui guru kelas. (Maklumat penuh sila rujuk edaran)

PERUBAHAN MASA KELAS BAHASA CINA

Rabu: 12.20 tengahari - 1.20 petang Khamis: 12.20 tengahari - 1.20 petang Jumaat: 11.50 pagi - 1.20 petang Sekian, harap maklum.