Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Hari Terbuka Sekolah

Rujukan : SKSA/02/10/001(31)2010 Dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke sekolah bagi mendapat dan membincangkan keputusan PKSR (1) anak tuan/puan pada: Tarikh : 25 Jun 2010 (Hari Jumaat) Masa : 8.00 pagi - 11.30 pagi Tempat : Bilik Darjah Kelas masing-masing Semoga kehadiran tuan/puan dapat memberi ruang dan peluang kepada pihak sekolah dan tuan/puan berbincang dan bersama-sama meningkatkan prestasi akademik anak-anak.

Kem Bestari Solat Tahun 1

Kem Bestari Solat untuk murid-murid Islam Tahun 1 pada hari Sabtu (26.6.2010) dipinda ke hari Jumaat 25 Jun 2010 jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi kerana lawatan ke Zoo Negara pada tarikh tersebut bagi murid-murid Tahun 1. Sila pastikan anak tuan/puan memakai pakaian sukan untuk memudahkan guru-guru membimbing semasa aktiviti praktikal solat.

Penyelenggaraan Sekolah

Rujukan : SKSA/02/10/001(31)2010 Dimaklumkan bahawa baru-baru ini sekolah telah membaikpulih semua tandas murid dengan kos RM 3 500.00 supaya mereka dapat menggunakan tandas dengan selesa. Dipohon jasa baik tuan/puan untuk menasihati anak-anak supaya menggunakan tandas dengan betul kerana sebilangan daripda mereka membuang segala jenis sampah termasuk plastik minuman, botol, wallet dan pakaian dalam ke dalam lubang tandas. Murid-murid juga telah merosakkan sinki dan penyambungnya dengan merosakkan dan menendangnya hingga pecah.

Penghargaan Di Atas Sumbangan

Rujukan : SKSA/02/10/001(31)2010 Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan kertas A4 untuk kegunaan sekolah.