Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Hari Suaikenal Tahun 1 (pengambilan 2011)

Rujukan kami : SKSA 02/05/002 Jld 2 (30) Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklunkan bahawa satu majlis suaikenal untuk murid Tahun Satu Sesi persekolahan 20 akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 30.12.2010 Hari : Khamis Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Terbuka SK Seri Anggerik 3. Tuan/puan dikehendaki hadir bersama anak yang akan bersekolah dengan pakaian sekolah bersama perkara-perkara berikut: 3.1 Borang maklumat diri murid (SMM) telah lengkap diisi 3.2 2(dua) salinan fotostat surat beranak (depan & belakang) 3.3 1(satu) salinan fotostat kad imunisasi 3.4 1(satu) salinan fotostat gaji ibu bapa terkini (jika bekerja sendiri, sila lengkap Borang Akuan) 3.5 (borang dalam senarai semak) (Borang SPBT 1-Pin. 11/03) 4. Sila bawa alat tulis dan pensel warna bersama pada hari tersebut. 5. Aturcara Sesi Suaikenal Tahun Satu dan Pembayaran Yuran: 08.30 - 09.15 pagi : Taklimat di Dewan Terbuka. Ucapan Guru Besar. 09.15 - 10.15 pagi : Aktiviti

Hari KoKurikulum

Rujukan : SKSA/07/02/001(33)/2010 Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah menyertai perkhemahan tahunan unit berunifom SK Seri Anggerik pada 16 - 18 Julai 2010 yang lalu. Sehubungan dengan itu, akan diadakan acara kemuncak iaitu Hari KoKurikulum pada: Tarikh : 24 Julai 2010 (Hari Sabtu) Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan/puan pada hari tersebut untuk menyertai/menyaksikan acara-acara yang akan dijalankan iaitu: a. Hari Usahawan Tahun 6 (Jualan Makanan) b. Pertandingan Kawad Kaki Unit Berunifom c. Pertandingan Ikatan/Gajet d. Pertandingan Memasak e. Pertandingan Gubahan Bunga untuk ibu/bapa (Bawa bahan sendiri) f. Pertandingan Menganyam Ketupat

Perasmian Bilik Bahasa Cina & Bahasa Tamil

Bilik Bahasa Cina/tamil telah dibantu untuk diubahsuai oleh Dato' Kantharao. Oleh yang demikian YB Dato' akan hadir untuk merasmikan bilik-bilik tersebut pada 24.7.2010. Kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis tersebut.

Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6

Ibu bapa murid tahun 6 dijemput hadir sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini

Majlis Isra' Mikraj / Penghayatan Nilai Murni

Rujukan : SKSA/07/001(33)/2010 Program di atas akan dijalankan pada hari Jumaat, 30 Julai 2010. Semua murid perempuan Islam dikehendaki memakai baju kurung sekolah dan bertudung putih.

Peperiksaan Ujian Bulanan 2

TAHAP 1 - Tahun 1,2, dan 3. Selasa 27.7.2010 7.45-8.35 pagi - Bahasa Melayu (Pemahaman) 8.40-9.55 pagi - Bahasa Melayu (Penulisan) 10.45-11.45 pagi - Pendidikan Agama Islam/Pendidikan Moral 12.00-1.00 tengah hari - Bahasa Arab (tahun 1), Bahasa Cina (tahun 2), Bahasa Tamil (tahun 3) Rabu 28.7.2010 8.00-9.15 pagi - Matematik (tahun 1) 8.00-8.40 pagi - Matematik 2 (tahun 2 & 3) 8.50-9.50 pagi - Matematik 1 (tahun 2 & 3) 11.00-12.15 tengah hari - Sains Khamis 29.7.2010 7.45-8.45 pagi - Bahasa Inggeris 8.55-9.55 pagi - Bahasa Arab (tahun 2& 3), Bahasa Cina (tahun 1), Bahasa Tamil (tahun 1) 11.00-12.00 tengah hari - Bahasa Tamil (tahun 2) TAHAP 2 -Tahun 4 dan 5 Selasa 27.7.2010 8.00-8.50 pagi - Bahasa Melayu (pemahaman) 9.00-10.15 pagi - Bahasa Melayu (penulisan) 11.00-12.00 tengah hari - Pendidikan Agama Islam/ Pendidikan Moral 12.10-1.10 tengah hari - Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Rabu 28.7.2010 8.00-8.40 pagi - Matematik (kertas 2) 9.15-10.15 pagi - Matematik (kerta

Penundaan Tarikh Motivasi Tahun 4

Rujukan : SKSA/02/02/006 Kepada Ibu bapa/Penjaga Murid Tahun 4, Berhubung dengan perkara di atas, Program Motivasi Ke Puncak Jaya bagi Tahun 4 terpaksa ditunda kerana pada tarikh tersebut murid-murid Tahun 4 akan menduduki Ujian Bulanan 3. 2. Oleh yang demikian, satu tarikh baru telah ditetapkan iaitu pada 3 Ogos 2010 (Selasa) pada waktu yang sama. 3. Dengan makluman ini, diharapkan ibu bapa/ penjaga dapat memberi kerjasama sepenuhnya demi kecemerlangan anak kita. Sekian, terima kasih.