Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Murid Tahun 1 2011

Merujuk kepada perkara di atas. Ibu bapa dan penjaga murid-murid tahun 1 bagi sesi persekolahan 2011 boleh merujuk kepada halaman web http://www.moe.gov.my/bpk bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Blog SKSA

Sila layari blog SK Seri Anggerik melalui alamat laman web http://skserianggerik.blogspot.com . bagi mendapat maklumat terkini berkaitan sekolah. Sekian, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Bercuti kepada semua warga SK Seri Anggerik.

Pengisian Waktu Cuti Persekolahan

Diharap ibu bapa menyusun jadual pembelajaran anak-anak semasa cuti dengan sebaik mungkin bagi tujuan meningkatkan pretasi pembelajaran mereka. Tuan/puan boleh membuka sistem pengurusan pembelajaran yang dibuat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) melalui alamat laman web http://spp.moe.edu.my . Semua subjek dari prasekolah hingga tahun 6 boleh dipelajari.

Orientasi Tahun 1

Orientasi Tahun 1 akan diadakan pada 30.12.2010 (hari Khamis) mulai jam 8.30 pagi. Ibu bapa murid tahun 1 2011 sila hadir untuk taklimat. Anak-anak Tahun 1 diminta hadir dengan berpakaian seragam sekolah lengkap.

Kedai Buku

Kedai buku akan mula beroperasi mulai 6.12.2010 (hari Isnin) sehingga sekolah dibuka. Waktu dibuka ialah dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang kecuali hari Ahad dan cuti umum. Senarai buku boleh diperolehi daripada kedai buku.

Keselamatan Murid

Mulai sesi persekolahan tahun 2011, semua kenderaan persendirian dan bas/van sekolah tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

Kenaikan Kelas 2011

Anak tuan/puan telah dimaklumkan kenaikan kelas mereka untuk tahun 2011. Harap maklum dan semua keputusan adalah muktamad.

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2010

Cuti akan bermula pada 17.11.2010 (hari Rabu) hingga 2.1.2010 (hari Ahad). Sesi persekolahan bagi tahun 2011 akan bermula pada 3.1.2011 (hari Isnin).

Penyerahan Buku Adab Belajar dan Kenaikan Kelas 2011

Keputusan PKSR akan diedarkan kepada anak tuan/puan melalui buku Adab Belajar pada minggu akhir persekolahan. Diminta tuan/puan memulangkan semula buku tersebut kepada guru kelas selepas ditandatangani. Pada akhir persekolahan, anak tuan/puan akan dinaikkan kelas bagi sesi persekolahan 2011. Sila pastikan anak tuan/puan telah dimaklumkan kelas mereka oleh guru kelas bagi melancarkan pembukaan hari pertama persekolahan tahun hadapan. Sekian, diharap semua perkara pada bulan november ini berada dalam makluman dan diambil tindakan oleh tuan/puan. Terima kasih di atas segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan kepada sekolah sepanjang tahun 2010 ini.

Pemulangan Buku Teks

Semua murid telah diberi pinjaman buku teks. Oleh yang demikian, sila pastikan semua buku-buku tersebut dipulangkan dalam keadaan baik, bersih dan berbalut. Diminta kerjasama tuan/puan untuk menggantikan buku-buku yang hilang dengan kadar segera.

Bayaran Yuran Persekolahan / Sumbangan PIBG

Terdapat 92 orang murid yang belum menjelaskan yuran persekolahan RM 23.50 dan lebih 300 orang belum menjelaskan sumbangan PIBG sebanyak RM 15.00 . Anak tuan/puan menikmati segala kemudahan ketika berada di sekolah. Oleh yang demikian, diharapkan tuan/puan dapat membuat bayaran dengan segera sebagai satu tanggung jawab sosial dan berlaku adil kepada semua pihak.

Sekolah ganti / Hari Anugerah Cemerlang

Bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidil Adha, sekolah ganti akan diadakan pada 13.11.2010 (hari Sabtu) dengan menggunakan jadual hari Jumaat. Pada hari itu juga akan diadakan Majlis Graduasi/Hari Anugerah Cemerlang untuk murid-murid Tahun 6 dan prasekolah. Ibu bapa murid tahun 6 dan prasekolah dijemput hadir. Majlis dijangkakan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Cuti Deepavali & Cuti Hari Raya Aidiladha

Dimaklumkan sempena perayaan Deepavali, sekolah akan bercuti mulai 4.11.2010 (hari Khamis) hingga 7.11.2010 (hari Ahad). Selamat menyambut Hari Deepavali. Hari Raya Aidil Adha akan disambut pada 17.11.2010 (hari Rabu). Sehubungan dengan itu murid akan mula bercuti mulai 17.11.2010 sehingga akhir tahun 2010 . Sekolah akan memulakan sesi persekolahan tahun 2011 mulai 3 Januari 2011 (hari Isnin). Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Ujian Intervensi 1 - tahun 5

Hari : Selasa Tarikh : 9 November 2010 8.00-8.50 pagi (50 minit) - Bahasa Melayu (011) Pemahaman 9.10-10.25 pagi (1 jam 15 minit) - Bahasa Melayu (012) Penulisan 11.15-12.30 tengah hari (1 jam 15 minit) - Sains (018) Hari : Rabu Tarikh : 10 November 2010 8.10-9.10 pagi (1 jam) - Matematik (015/1) Kertas 1 9.30-10.10 pagi (40 minit) - Matematik (015/2) Kertas 2 Hari : Khamis Tarikh : 11 November 2010 8.10-9.00 pagi (50 minit) - Bahasa Inggeris (014/1) (aneka pilihan) 9.10-10.25 pagi (1 jam 15 minit) - Bahasa Inggeris (014/2) (ujian bertulis) GOOD LUCK.