Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Imej
Sedikit maklumat dan info berkaitan  PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) yang sedang dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah ini selain dan atau semasa mengajar di dalam bilik darjah.

Pemakluman Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 2018

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke-15 bagi Sesi 2017/2018 akan diadakan di ketetapan yang berikut: Tarikh   : 24 Februari 2018 Hari      : Sabtu Masa    : 8.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik Oleh itu kehadiran semua ibubapa dan penjaga amatlah dialu-alukan. Semoga dengan kehadiran semua di mesyuarat ini dapat membincangkan segala masalah dan menjawab persoalan-persoalan daripada ibubapa dan penjaga kepada murid-murid di sekolah ini. Sekian, terima kasih.

Pelancaran Program Bacaan SKSA 2018

Imej
Pada 15 Januari 2018 yang lalu telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Bacaan 2018 di dewan terbuka sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Datuk Chew Yin Keen. Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Chew Yin Keen atas kehadiran dan sumbangan yang telah diberikan kepada pikhaak sekolah. Majlis turut dihadiri oleh Yg. Dipertua Pengerusi PIBG SK Seri Anggerik.

Blog Baharu Panitia Pendidikan Islam SKSA

Adalah dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam sekolah kami telah membina satu blog yang berasingan. Ibubapa dan penjaga boleh melayari blog ini untuk mendapatkan maklumat dan kemaskini aktiviti serta program terkini yang dijalankan di oleh guru-guru matapelajaran Pendidikan Islam sekolah ini. Terima kasih. Pautan:  panitiapiskserianggerik.blogspot.my