Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Blog Pusat Sumber SK Seri Anggerik

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Sumber sekolah kami mempunyai blog yang berasingan. Ibubapa dan penjaga boleh melayari blog ini untuk mendapatkan maklumat dan kemaskini aktiviti terkini yang dijalankan di pusat sumber. Terima kasih. Pautan blog :  https://pusatsumberskserianggerik.blogspot.my

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14 SK SERI ANGGERIK

Imej
Pada 11 Mac 2017 telah berlangsung Mesyuarat PIBG Kali Ke-14. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir. Tahniah kepada AJK yang telah dipilih dan dilantik pada hari berkenaan.

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 SKSA

Imej
       Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua guru dan pentadbir dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa 2017 yang telah berlangsung pada 4 Mac 2017 di Taman Rekreasi Alam Damai. Kami semua jawatankuasa kerja memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dari pihak kami. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa yang turut hadir memeriahkan kejohanan dan juga yang memberikan sokongan kepada anak-anak sepanjang kejohanan ini berlangsung.  *Gambar oleh En Mohd Afif. 😊

SUKANEKA TAHAP 1 2017

Imej

Borang Penyataan Usul

Untuk muat turun, pautan disertakan dibawah. Emailkan kepada  skserianggerikkl@gmail.com atau nyatakan di ruangan Penyataan Usul 2017 di bawah gambar profile SK Seri Anggerik. https://docs.google.com/document/d/1zIHQFRKuWTirZnkIs7KczyOYPQgo1_cO4JaktFaCAck/pub

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK SERI ANGGERIK KALI KE-14

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK SERI ANGGERIK akan diadakan pada ketetapan berikut: Hari : SABTU, 11hb MAC 2017 Tempat : Dewan SK. Seri Anggerik Masa : 8.30 - 11.30 (Mesyuarat Agung) Muat turun notis dipautan di bawah untuk maklumat lanjut. https://docs.google.com/document/d/1mMyL_wRfsKKc7RCi22MFmFJIlZHJwmLsg2KoZgqSXe0/pub

PEMBERITAHUAN CUTI TAHUN BARU CINA 2017

Imej
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Pemberitahuan mengenai cuti Tahun Baru Cina 2017. Cuti bermula pada 26/1/2017 dan berakhir pada 1/2/2017. Para pelajar akan mula bersekolah semula pada 2/2/2017. Sekian, harap maklum.

MAKLUMAN WAKTU PULANG MURID TAHUN 1 2017

Imej
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Terdapat perubahan untuk waktu pulang bagi pelajar tahun 1 pada tahun 2017 ini. Harap ibu bapa dan penjaga menerima makluman ini. Sekian, Terima Kasih.