Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Sekolah Ganti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Sempena Perayaan Tahun Baru Cina, murid-murid dikehendaki hadir ke sekolah pada 22 Januari 2011 (Hari Sabtu) dengan menggunakan Jadual Waktu Hari Isnin.

Cuti Umum Sempena Thaipusam

Sekolah akan bercuti sempena Thaipusam pada 20 Januari 2011 ( Khamis ).

Keselamatan Murid

Mulai tahun 2011, semua kenderaan persendirian dan bas/van sekolah tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah. Bas/van sekolah akan diletakkan nombor bersaiz A4 bagi memudahkan murid menaiki bas/van yang betul. Dipohon kerjasama ibu bapa untuk tidak meletak kenderaan di depan kawasan sekolah hingga ke pusingan U bagi memudahkan bas/van sekolah menurun dan mengambil murid-murid. Sila datang dan turunkan anak tuan/puan dengan segera. Terima kasih di atas kerjasama semua.

Jadual Waktu Persekolahan

Berikut adalah Waktu Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2011 Tahap 1 Isnin : 7.20 pagi hingga 12.50 tengah hari Selasa : 7.20 pagi hingga 12.50 tengah hari Rabu : 7.20 pagi hingga 12.50 tengah hari Khamis : 7.20 pagi hingga 1.20 tengah hari Jumaat 7.20 pagi hingga 11.50 pagi Tahap 2 Isnin : 7.20 pagi hingga 12.50 tengah hari Selasa : 7.20 pagi hingga 1.20 tengah hari Rabu : 7.20 pagi hingga 12.50 tengah hari Khamis : 7.20 pagi hingga 12.50 tengah hari ( Kokurikulum 1.30 petang hingga 4.00 petang ) Jumaat : 7.20 pagi hingga 11.50 pagi