Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Blog Pusat Sumber SK Seri Anggerik

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Sumber sekolah kami mempunyai blog yang berasingan. Ibubapa dan penjaga boleh melayari blog ini untuk mendapatkan maklumat dan kemaskini aktiviti terkini yang dijalankan di pusat sumber. Terima kasih. Pautan blog :  https://pusatsumberskserianggerik.blogspot.my

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14 SK SERI ANGGERIK

Imej
Pada 11 Mac 2017 telah berlangsung Mesyuarat PIBG Kali Ke-14. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir. Tahniah kepada AJK yang telah dipilih dan dilantik pada hari berkenaan.

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 SKSA

Imej
       Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua guru dan pentadbir dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa 2017 yang telah berlangsung pada 4 Mac 2017 di Taman Rekreasi Alam Damai. Kami semua jawatankuasa kerja memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dari pihak kami. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa yang turut hadir memeriahkan kejohanan dan juga yang memberikan sokongan kepada anak-anak sepanjang kejohanan ini berlangsung.  *Gambar oleh En Mohd Afif. 😊