KEM BESTARI SOLAT MURID TAHUN 1 HINGGA 5

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa SKSA akan mengadakan Kem Bestari Solat seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua murid Islam DIWAJIBKAN menghadiri kem tersebut. Butiran maklumat adalah seperti berikut:

TAHUN 1
Tarikh:
23 Mei 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA)
10 Oktober 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA)

TAHUN 2 dan TAHUN 3
Tarikh:
28 Februari 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA)
11 Julai 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA)

TAHUN 4 dan TAHUN 5
Tarikh:
16 Mei 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA)
25 Julai 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA)

Sehubungan dengan itu, murid lelaki dikehendaki memakai baju melayu dan bersongkok sementara murid perempuan berbaju kurung dan bertudung (warna bebas). Murid-murid juga dikehendaki membawa barang-barang yang disenaraikan:

  1. alat tulis
  2. pensil warna

(Sila rujuk surat SKSA/06/09/004(01) untuk makluman penuh. Surat diedarkan kepada murid-murid)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 SKSA