NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE 6 SESI 2008/2009

Tuan/puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 6 sesi 2008/2009 Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28 Mac 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna, Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik.

Sehubungan dengan itu pihak PIBG dan sekolah dengan hormatnya menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Kehadiran Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah dialu-alukan demi kebaikan bersama.

Bersama dengan surat edaran disertakan borang kehadiran dan usul untuk Dato'/Datin/Tuan/Puan mengemukan sebarang usul yang membina demi kemajuan anak-anak kita dan pihak sekolah. Borang tersebut perlulah dihantar kepada pihak sekolah pada atau sebelum 6 MAC 2009.

(Sila rujuk surat SKSA/09/04/002(1)/2009 yang telah diedarkan kepada murid-murid.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 SKSA