Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

Merujuk kepada surat kami SKSA/02/10/001(13)/2009
Tarikh : 23 April 2009

Kepada:
Ibubapa/Penjaga

Tuan/Puan,

1. Sukan Tahunan SKSA kali ke-6

Sukacita dimaklumkan tuan/puan dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Sukan Tahunan SK Seri Anggerik yang akan diadakan pada:

Tarikh : 25 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur

2. Cuti Peristiwa Sekolah

Bersempena dengan Sukan Tahunan Sekolah, sekolah akan bercuti pada:

Tarikh : 27 April 2009 (Isnin).

Murid-murid diminta hadir semula ke sekolah pada hari Selasa, 28 April 2009.

3. Peraturan Sekolah

Dipohon kerjasama daripada ibu/bapa/penjaga murid-murid untuk mematuhi peraturan sekolah iaitu tidak memasuki kawasan sekolah tanpa sebarang urusan. Terdapat segelintir ibu/bapa/penjaga yang masih lagi memasuki kawasan sekolah untuk menghantar beg dan makanan anak-anak sekolah. Tuan/puan dijemput hadir ke sekolah sekiranya terdapat masalah pembelajaran anak-anak.

Sekian, diharapkan perkara-perkara di atas berada dalam makluman tuan/puan. Di atas segala kerjasama yang diberikan, ucapan terima kasih diucapkan.

Guru Besar

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 SKSA