Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Kutipan Yuran Unit Berunifom SKSA 2010

Satu surat edaran telah diedarkan kepada semua murid tahap 2 ( tahun 4,5,6) berkaitan dengan yuran pendaftaran unit berunifom SKSA bagi tahun 2010. Kerjasama semua murid tahap 2 dan ibubapa adalah amat dihargai. Harap maklum.

Jadual Ujian Bulanan 1 / 2010

TAHAP 1 ( TAHUN 1,2,3) ISNIN (1/3/2010) BAHASA MELAYU (0745-0835) BAHASA MELAYU (0840-0955) PENDIDIKAN AGAMA ISLAM/PENDIDIKAN MORAL (1115-1215) SELASA (2/3/2010) MATHEMATICS (YEAR 1) (0800-0915) MATHEMATICS (YEAR 2 & YEAR 3) (0800-0840) MATHEMATICS (YEAR 2 & YEAR 3) (0900-1000) SCIENCE (1100-1215) RABU (3/3/2010) ENGLISH (0745-0845) BAHASA ARAB (0900-1000) BAHASA MANDARIN (1100-1200) BAHASA TAMIL (1100-1200) TAHAP 2 ( TAHUN 4,5,6) ISNIN (1/3/2010) BAHASA MELAYU (0800-0850) BAHASA MELAYU (0900-1015) PENDIDIKAN AGAMA ISLAM/PENDIDIKAN MORAL (1115-1215) SELASA (2/3/2010) SCIENCE (0800-0915) MATHEMATICS (PAPER 2) (0940-1020) HEMATICS (PAPER 1) (1100-1200) SIVIK & KEWARGANEGARAAN (1215-1315) RABU (3/3/2010) ENGLISH (PAPER 1) (0800-0850) ENGLISH (PAPER 2) (0915-1030) kAJIAN TEMPATAN (1115-1215) KHAMIS (4/3/2010) BAHASA ARAB (0800-0900) GOOD LUCK!

Ujian Bulanan 1

Rujukan: SKSA 02/10/001 Jld.2(6)/2010 Ujian Bulanan 1 akan diadakan mulai 1.3.2010 - 4.3.2010. Harap maklum.

Cuti Maulidur Rasul

Rujukan: SKSA 02/10/001 Jld.2(6)/2010 Sekolah akan bercuti sempena Maulidur Rasul pada 26.2.2010 (Hari Jumaat). Harap maklum.

Cuti Tahun Baru Cina

Rujukan: SKSA 02/10/001 Jld.2(6)/2010 Sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina mulai 13.2.2010 (Hari Sabtu) hingga 21.2.2010 (Hari Ahad). murid akan bersekolah semula pada 22.2.2010 (Hari Isnin). Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina.

Kem Bestari Solat Tahun 2 dan 3 (KBS)

Rujukan: SKSA 02/10/001 Jld.2(6)/2010 Kem Bestari Solat tahun 2 dan 3 yang pada asalnya akan diadakan pada 27.2.2010 ditunda kepada 9.10.2010 kerana sambutan Maulidur Rasul. KBS bagi tarikh-tarikh lain akan berjalan seperti biasa. Terima kasih di atas sumbangan tuan/puan bagi menjayakannya.

Keselamatan Murid

Rujukan: SKSA 02/10/001 Jld.2(6)/2010 Dimaklumkan bahawa masih ramai dalam kalangan ibu bapa yang masuk ke kawasan sekolah dengan tujuan menghantar dan menunggu anak, menghantar bekalan dan sebagainya bukan dengan tujuan rasmi. Oleh yang demikian, dipohon kerjasama tuan/puan untuk menunggu anak hanya di tepi pagar sekolah, bukan di kantin, di pondok-pondok bacaan dan di luar kelas. Pengawal keselamatan akan meronda kawasan sekolah dan meminta jasa baik tuan/puan untuk tidak berada dalam kawasan sekolah kecuali untuk tujuan rasmi. Sila beri kerjasama kepada pihak sekolah dalam hal ini. Sila dapatkan pas pelawat jika ingin berjumpa pihak pentadbiran.