Keselamatan Murid

Rujukan: SKSA 02/10/001 Jld.2(6)/2010

Dimaklumkan bahawa masih ramai dalam kalangan ibu bapa yang masuk ke kawasan sekolah dengan tujuan menghantar dan menunggu anak, menghantar bekalan dan sebagainya bukan dengan tujuan rasmi. Oleh yang demikian, dipohon kerjasama tuan/puan untuk menunggu anak hanya di tepi pagar sekolah, bukan di kantin, di pondok-pondok bacaan dan di luar kelas. Pengawal keselamatan akan meronda kawasan sekolah dan meminta jasa baik tuan/puan untuk tidak berada dalam kawasan sekolah kecuali untuk tujuan rasmi. Sila beri kerjasama kepada pihak sekolah dalam hal ini. Sila dapatkan pas pelawat jika ingin berjumpa pihak pentadbiran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 SKSA