Jemputan Menghadiri Kejohanan Balapan Dan Padang Dan Pengangkutan Murid Ke Stadium

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik Kali ke-7 diadakan pada:

Tarikh : 27 April 2010 (Selasa)

Masa : 8:00 pagi - 1:00 petang

Tempat : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur

Pihak kami juga ingin membuat bancian samada anak tuan/puan ke stadium pada hari sukan dengan menaiki kenderaan sendiri atai menaiki bas yang disediakan. Bagi murid yang menaiki bas bayaran sebanyak RM 6.00 akan dikenakan.

Sehubungan dengan itu juga, warga sekolah ini dengan segala hormatnya ingin menjemput tuan / puan untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan kejohanan tersebut dan menyaksikan penglibatan anak tuan /puan dalam temasya kali ini.

Kerjasama pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sila rujuk surat edaran 05/10/003/2010(001)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 SKSA