Tarikh-Tarikh, Aktiviti Sekolah dan Permohonan Sumbangan

Rujukan SKSA/02/10/001(30)/2010

1. Peperiksaan Semesta 1 akan diadakan pada 21.5.2010 hingga 27.5.2010. Murid tidak hadir tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan kecuali sekolah menerima surat cuti sakit dari ibu bapa.

2. Sekolah akan bercuti sempena Hari Wesak pada 28.5.2010 (Hari Jumaat).

3. Cuti Pertengahan Penggal adalah pada 5.6.2010 hingga 20.6.2010.

4. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada 4.6.2010.

5. Kokurikulum adalah diwajibkan kepada murid-murid Tahun 4,5, dan 6. Ia diadakan setiap Hari Rabu mulai 2.00 petang bagi memberi ruang kepada guru-guru dan murid-murid makan dan solat Zohor. Murid-murid dinasihatkan untuk tidak keluar dari kawasan sekolah untuk membeli makanan. Oleh yang demikian, sila pastikan tuan/puan memberi nasihat kepada anak-anak supaya tidak keluar demi keselamatan mereka. Sekolah tidak menggalakkan murid-murid pulang ke rumah untuk makan tengah hari atas sebab-sebab keselamatan. Kokurikulum berakhir jam 4.00 petang.

6. Sila tingkatkan kebersihan fizikal anak-anak kerana gejala penyakit H1N1 semakin merebak. Mohon sumbangan sabun dari kalangan ibu bapa untuk diletakkan di dalam tandas murid.

7. Guru-guru dan AJK PIBG diarahkan untuk bergotong royong meningkatkan keceriaan sekolah pada 15 Mei 2010 (Hari Sabtu). Pihak sekolah mengharapkan ada ibu bapa yang sudi menderma pokok-pokok bunga/ tanah / baja kepada pihak sekolah sepanjang minggu ini bagi tujuan mencantikkan kawasan.

8. Masih terdapat 16% (172 orang murid) yang belum menjelaskan bayaran persekolah sebanyak RM 23.50 kepada sekolah. 50% (500 orang murid) belum memberi sumbangan RM 15.00 untuk tabung PIBG. Dipohon kerjasama ibu bapa yang terlibat membuat pembayaran dengan segera kerana banyak program telah berlangsung dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

9. Dipohon kerjasama daripada ibu bapa untuk memberi sumbangan kertas A4 kerana bayaran RM 6.00 setahun untuk kertas tidak mencukupi untuk ditampung oleh pihak sekolah. Tambahan pula ramai yang belum menjelaskan Bayaran Persekolahan anak-anak.

Sekian diharap perkara-perkara di atas berada dalam makluman dan diambil tindakan segera oleh pihak tuan/puan. Saay amat yakin ramai kalangan ibu bapa yang sudi menghulurkan bantuan kepada sekolah demi meningkatkan mutu pendidikan anak-anak kita. Terima kasih.

"SELAMAT HARI IBU" kepada semua ibu murid-murid SKSA! Pengorbananmu tiada batasan......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 SKSA