Hari Suaikenal Tahun 1 (pengambilan 2011)

Rujukan kami : SKSA 02/05/002 Jld 2 (30)

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklunkan bahawa satu majlis suaikenal untuk murid Tahun Satu Sesi persekolahan 20 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 30.12.2010
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Seri Anggerik

3. Tuan/puan dikehendaki hadir bersama anak yang akan bersekolah dengan pakaian sekolah bersama perkara-perkara berikut:

3.1 Borang maklumat diri murid (SMM) telah lengkap diisi
3.2 2(dua) salinan fotostat surat beranak (depan & belakang)
3.3 1(satu) salinan fotostat kad imunisasi
3.4 1(satu) salinan fotostat gaji ibu bapa terkini (jika bekerja sendiri, sila lengkap Borang Akuan)

3.5 (borang dalam senarai semak) (Borang SPBT 1-Pin. 11/03)

4. Sila bawa alat tulis dan pensel warna bersama pada hari tersebut.

5. Aturcara Sesi Suaikenal Tahun Satu dan Pembayaran Yuran:

08.30 - 09.15 pagi : Taklimat di Dewan Terbuka. Ucapan Guru Besar.
09.15 - 10.15 pagi : Aktiviti Tahun Satu.
10.15 - 10.45 pagi : Rehat.
10.45 - 12.15 tgh : Menyerahkan dokumen yang diperlukan. Bayaran Yuran.
12.15 tgh : Bersurai

6. Sekolah akan dibuka pada 3 Januari 2011 (Hari Isnin).

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

SUMBANGAN 1 MURID 1 BUKU