Cuti Sempena Peperiksaan UPSR 2010

1. Untuk makluman tuan/puan, murid-murid Tahun 6 SK Seri Anggerik seramai 166 orang akan menduduki Peperiksaan UPSR selama 3 hari iaitu mulai 21.9.2010 (Selasa) hingga 23.9.2010 (Khamis).

2. Untuk keselesaan murid-murid Tahun 6 mengambil peperiksaan, maka pihak sekolah akan memberi cuti kepada murid-murid. Sila rujuk jadual yang ditetapkan di bawah:

Tarikh : 21.9.2010 (Selasa)
Kelas bercuti : tahun 2,3,4, dan 5
Kelas bersekolah : tahun 1 dan 6, pra sekolah
Kem Bestari Solat : tahun 1

Tarikh : 22.9.2010 (Rabu)
Kelas bercuti : tahun 1,4, dan 5
Kelas bersekolah : tahun 2,3, dan 6, pra sekolah
Kem Bestari Solat : tahun 2 dan 3

Tarikh : 23.9.2010 (Khamis)
Kelas bercuti : tahun 1,2, dan 3
Kelas bersekolah : tahun 4,5, dan 6, pra sekolah
Kem Bestari Solat : tahun 4 dan 5

Sila pastikan anak-anak tuan/puan hadir dan mengikut ketetapan di atas. Harap maklum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 SKSA