Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Bayaran Yuran Persekolahan dan Yuran PIBG.

Rujukan : SKSA 02/10/001Jld.2(29)/2010. Terdapat 15% ibu bapa yang belum menunaikan tanggungjawab untuk membayar yuran persekolahan anak-anak yang berjumlah hanya RM 23.50. Manakala 50% dalam kalangan ibu bapa yang belum membuat sumbangan PIBG yang berjumlah RM 15.00 bagi setiap keluarga. Pihak sekolah dan PIBG berharap tuan/puan dapat memberikan sumbangan ini bagi memberi manfaat kepada anak-anak dan pihak sekolah.

Sukaneka SKSA

Sukaneka akan diadakan bagi murid-murid tahap 1 ( tahun 1,2, dan 3). Murid-murid dikehendaki hadir seperti hari persekolahan biasa dengan berpakaian sukan. Tarikh : 17 April 2010. Hari : Sabtu (Jadual waktu hari Isnin) (Cuti ganti Hari Raya Aidil Fitri). Tempat : Dataran SKSA.

Sekolah Ganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri

Rujukan : SKSA 02/10/001 Jld.2(29)/2010 Sekolah Ganti Hari Raya Aidil Fitri akan diadakan pada 24.4.2010 ( Hari Sabtu ) dengan menggunakan jadual waktu hari Isnin. Pada hari tersebut juga akan diadakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid Tahun 4 dan 5. Murid-murid Tahun 6 dikehendaki hadir seperti biasa.

Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 1

Rujukan : SKSA 02/10/00/001 Jld.2(29)/2010 Dimaklumkan bahawa satu perjumpaan dengan ibu bapa tahun 1 akan diadakan pada hari Sabtu, 17 April jam 8.30 pagi di dewan SK Seri Anggerik. Perjumpaan ini diadakan dengan tujuan memberikan pendedahan dengan lebih jelas mengenai program LINUS ( Literasi dan Numerasi ) kepada tuan/puan.

Jemputan Menghadiri Kejohanan Balapan Dan Padang Dan Pengangkutan Murid Ke Stadium

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik Kali ke-7 diadakan pada: Tarikh : 27 April 2010 (Selasa) Masa : 8:00 pagi - 1:00 petang Tempat : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Pihak kami juga ingin membuat bancian samada anak tuan/puan ke stadium pada hari sukan dengan menaiki kenderaan sendiri atai menaiki bas yang disediakan. Bagi murid yang menaiki bas bayaran sebanyak RM 6.00 akan dikenakan. Sehubungan dengan itu juga, warga sekolah ini dengan segala hormatnya ingin menjemput tuan / puan untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan kejohanan tersebut dan menyaksikan penglibatan anak tuan /puan dalam temasya kali ini. Kerjasama pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sila rujuk surat edaran 05/10/003/2010(001)

Perubahan Tarikh Kem Bestari Solat

Adalah dimaklumkan bahawa perubahan tarikh Kem Bestari Solat adalah seperti berikut: Tahun 4 dan 5 Tarikh asal: 17 April 2010 Tarikh perubahan: 24 April 2010 Tahun 1 Tarikh asal: 24 April 2010 Tarikh perubahan: 17 April 2010 Perubahan ini disebabkan kebanyakan murid-murid tahun 4 dan 5 menyertai lawatan ke Pusat Sains Negara pada 17 April 2010. Sekian, diharap perkara di atas mendapat perhatian dari pihak tuan/puan. Sekian, terima kasih.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-7 & Hari Anugerah 2010

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa/penjaga, guru-guru dan murid-murid yang telah menjayakan majlis tersebut pada 3 April 2010.