Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Cuti Sempena Peperiksaan UPSR 2010

1. Untuk makluman tuan/puan, murid-murid Tahun 6 SK Seri Anggerik seramai 166 orang akan menduduki Peperiksaan UPSR selama 3 hari iaitu mulai 21.9.2010 (Selasa) hingga 23.9.2010 (Khamis). 2. Untuk keselesaan murid-murid Tahun 6 mengambil peperiksaan, maka pihak sekolah akan memberi cuti kepada murid-murid. Sila rujuk jadual yang ditetapkan di bawah: Tarikh : 21.9.2010 (Selasa) Kelas bercuti : tahun 2,3,4, dan 5 Kelas bersekolah : tahun 1 dan 6, pra sekolah Kem Bestari Solat : tahun 1 Tarikh : 22.9.2010 (Rabu) Kelas bercuti : tahun 1,4, dan 5 Kelas bersekolah : tahun 2,3, dan 6, pra sekolah Kem Bestari Solat : tahun 2 dan 3 Tarikh : 23.9.2010 (Khamis) Kelas bercuti : tahun 1,2, dan 3 Kelas bersekolah : tahun 4,5, dan 6, pra sekolah Kem Bestari Solat : tahun 4 dan 5 Sila pastikan anak-anak tuan/puan hadir dan mengikut ketetapan di atas. Harap maklum.

Cuti Pertengahan Penggal/ Cuti Hari Malaysia/ Sekolah Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk. 1. Sekolah akan bercuti iaitu Cuti Pertengahan Penggal / Cuti Hari Malaysia / Cuti Sempena Hari Raya Aidilfitri mulai 4.9.2010 hingga 19.9.2010. Walau bagaimanapun murid-murid dikehendaki bersekolah ganti pada ketetapan seperti berikut : Hari Cuti : 14.9.2010 (Selasa) Sekolah Ganti : 21.8.2010 (Sabtu) Waktu Persekolahan : 7.20pg-1.20tgh Jadual Waktu : Selasa Hari Cuti : 15.9.2010 (Rabu) Sekolah Ganti : 25.9.2010 (Sabtu) Waktu Persekolahan : 7.20pg-12.50tgh Jadual Waktu : Rabu Hari Cuti : 17.9.2010(Jumaat) Sekolah Ganti : 9.10.2010 (Sabtu) Waktu Persekolahan : 7.20pg-11.50pg Jadual Waktu : Jumaat