Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan & Kaunseling, SKSA akan menganjurkan satu perjumpaan bersama ibu bapa murid Tahun Enam kali ke-2. 2. Perjumpaan ini adalah bertujuaan untuk membentangkan prestasi setiap ujian yang telah dijalankan oleh murid-murid tahun 6. membincangkan tahap pencapaian murid yang berpotensi untuk lulus dengan cemerlang namun kurang berusaha dalam ujian yang dijalani. Bersama-sama mencari inisiatif meningkatkan pencapaian murid di kelas sederhana agar dapat meningkatkan prestasi ke tahap yang memuaskan. 3. Perjumpaan ini akan diadakan pada: Tarikh: 30 Mei 2009 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi- 11.50 pagi. Tempat : Dewan 1, SKSA 4. Oleh yang demikian, kami sertakan borang maklum balas yang menyatakan bahawa tuan/puan akan hadir/tidak menghadiri perjumpaan tersebut. 5. Dengan makluman ini, diharapkan tuan/puan/penjaga dapat memberikan kerjasama sepenuhnya demi mencapai kejayaan kelak.

JADUAL PEPERIKSAAN SELARAS PKSR 1 2009

Tahun 1, 2 dan 3 Tarikh: 22 Mei 2009 (Jumaat) Subjek: Pendidikan Seni Visual Tarikh: 25 Mei 2009 (Isnin) Subjek: Bahasa Melayu(Pemahaman), Bahasa Melayu(Penulisan) dan Pend. Agama Islam/Moral Tarikh: 26 Mei 2009 (Selasa) Subjek: Mathematics (year 1), Mathematics2 (year 2&3), Mathematics1 (year 2&3), dan Science Tarikh: 27 Mei 2009 (Rabu) Subjek: English, Bahasa Arab, Pend. Jasmani & Kesihatan Tarikh: 28 Mei 2009 (Khamis) Subjek: Bahasa Mandarin (tahun 1) & Bahasa Tamil (tahun 1&2) Tahun 4,5, dan 6 Tarikh: 22 Mei 2009 (Jumaat) Subjek: Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik Tarikh: 25 Mei 2009 (Isnin) Subjek: Bahasa Melayu(Pemahaman), Bahasa Melayu(Penulisan) dan Pend. Agama Islam/Moral Tarikh: 26 Mei 2009 (Selasa) Subjek: Mathematics (paper2), Mathematics (paper1), dan Kajian Tempatan Tarikh: 27 Mei 2009 (Rabu) Subjek: English (paper1), English (paper2), Science, dan Pend. Jasmani & Kesihatan (tahun 4&5 sahaja) Tarikh: 28 Mei 2009 (Khamis) Subjek: Kemahi...

KEM BESTARI SOLAT MURID TAHUN 1,4 DAN 5

Tuan/Puan, Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa SKSA akan mengadakan Kem Bestari Solat seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua murid islam DIWAJIBKAN menghadiri kem tersebut. Butiran maklumat adalah seperti berikut: Tahun 1 Tarikh: 16 Mei 2009 & 10 Oktober 2009 Masa: 8.00 a.m - 12.30 p.m Tempat: SURAU SKSA Tahun 4 dan 5 Tarikh: 16 Mei 2009 & 25 Oktober 2009 Masa: 8.00 a.m - 12.30 p.m Tempat: SURAU SKSA 3. Merujuk kepada maklumat di atas, Kem Bestari Solat Tahun 1 telah dipercepatkan dari tarikh sebenar (23 Mei 2009) kepada tarikh yang baru (16 Mei 2009) kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 4. Sehubungan dengan itu, murid lelaki dikehendaki memakai baju melayu (warna bebas) dan bersongkok sementara murid perempuan berbaju kurung dan bertudung (warna bebas). Murid-murid juga dikehendaki membawa barang-barang yang disenaraikan: alat tulis pensil warna

SKSA/02/10/001/Jld 2 (14/09)

Kepada ibu bapa / penjaga, murid-murid SKSA Tuan/Puan, 1. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 1 PKSR akan dijalankan pada 22 Mei 2009 hingga 29 Mei 2009. Diharap tuan/puan memberi dorongan kepada anak-anak untuk membuat persediaan. 2. Sumbangan Bayaran Peperiksaan 2009. Sekolah belum mendapat kebenaran untuk membuat sebarang kutipan. Sekolah menghadapi masalah untuk membuat bayaran bagi perbelanjaan kertas Peperiksaan selaras PKSR 1 dan 2 di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri. Bayaran yang perlu dibayar oleh pihak sekolah bagi setiap murid tahun 1, 2, dan 3 ialah RM 6.00 dan tahun 4, 5, dan 6 ialah RM 8.00. Perbelanjaan ini tidak termasuk ujian bulanan dan fotostat bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. 3. Cuti Pertengahan Semester 1 Cuti akan bermula pada 30 Mei 2009 hingga 14 Jun 2009. Murid-murid Tahun 6 akan hadir untuk Kelas Tambahan pada 1-5 Jun 2009. Sila pastikan anak tuan/puan hadir sepanjang minggu tersebut. 4. Disiplin Murid Dipohon kerjasama tuan/puan untuk sama-sama berus...