PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan & Kaunseling, SKSA akan menganjurkan satu perjumpaan bersama ibu bapa murid Tahun Enam kali ke-2.

2. Perjumpaan ini adalah bertujuaan untuk

  • membentangkan prestasi setiap ujian yang telah dijalankan oleh murid-murid tahun 6.
  • membincangkan tahap pencapaian murid yang berpotensi untuk lulus dengan cemerlang namun kurang berusaha dalam ujian yang dijalani.
  • Bersama-sama mencari inisiatif meningkatkan pencapaian murid di kelas sederhana agar dapat meningkatkan prestasi ke tahap yang memuaskan.

3. Perjumpaan ini akan diadakan pada:

  • Tarikh: 30 Mei 2009 (Sabtu)
  • Masa : 8.00 pagi- 11.50 pagi.
  • Tempat : Dewan 1, SKSA

4. Oleh yang demikian, kami sertakan borang maklum balas yang menyatakan bahawa tuan/puan akan hadir/tidak menghadiri perjumpaan tersebut.

5. Dengan makluman ini, diharapkan tuan/puan/penjaga dapat memberikan kerjasama sepenuhnya demi mencapai kejayaan kelak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

SUMBANGAN 1 MURID 1 BUKU