KEM BESTARI SOLAT MURID TAHUN 1,4 DAN 5

Tuan/Puan,

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa SKSA akan mengadakan Kem Bestari Solat seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua murid islam DIWAJIBKAN menghadiri kem tersebut. Butiran maklumat adalah seperti berikut:

Tahun 1
Tarikh: 16 Mei 2009 & 10 Oktober 2009
Masa: 8.00 a.m - 12.30 p.m
Tempat: SURAU SKSA

Tahun 4 dan 5
Tarikh: 16 Mei 2009 & 25 Oktober 2009
Masa: 8.00 a.m - 12.30 p.m
Tempat: SURAU SKSA

3. Merujuk kepada maklumat di atas, Kem Bestari Solat Tahun 1 telah dipercepatkan dari tarikh sebenar (23 Mei 2009) kepada tarikh yang baru (16 Mei 2009) kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

4. Sehubungan dengan itu, murid lelaki dikehendaki memakai baju melayu (warna bebas) dan bersongkok sementara murid perempuan berbaju kurung dan bertudung (warna bebas). Murid-murid juga dikehendaki membawa barang-barang yang disenaraikan:

  1. alat tulis
  2. pensil warna

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 SKSA