AKTIVITI GOTONG ROYONG ANJURAN SKSA &PIBG

Rujukan : SKSA/02/10/001/Jld.2(11/09)
Tarikh : 26 Februari 2009

Tuan/puan,

1. Aktiviti Gotong-Royong anjuran SKSA & PIBG

Dimaklumkan bahawa aktiviti gotong-royong akan diadakan pada:

Tarikh : 7 Mac 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Diharap mendapat kerjasama tuan/puan untuk hadir dan bersama-sama meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah.

2. Disiplin Murid

Dipohon kerjasama daripada tuan/puan untuk meningkatkan disiplin anak-anak kita kerana meningkatnya kes-kes kecurian, merosakkan harta sekolah dan barang rakan-rakan, tidak menghiraukan keselamatan diri serta menjaga kebersihan tandas. Tanpa kerjasama tuan/puan, disiplin anak-anak tidak akan dapat dipertingkatkan. Kereta beberapa orang guru telah dicalarkan oleh murid-murid dan kes ini termasuk dalam salahlaku yang berat. Pihak sekolah sedang menyiasat kes ini dan murid-murid yang dikenalpasti melakukan salahlaku tersebut akan dikenakan tindakan disiplin dan nama akan dihantar ke Jabatan Pelajaran.

3. Larangan Memasuki Kawasan Sekolah

Sejak kebelakangan ini didapati semakin ramai ibu bapa yang masuk ke dalam kawasan sekolah tanpa urusan. Sebilangan kecil mengambil peluang untuk memarahi murid-murid lain yang bertengkar dengan anak-anak mereka. Oleh yang demikian, mulai 2 Mac 2009, tuan/puan hanya dibenarkan menghantar anak-anak hanya ke pintu pagar sekolah. Beri peluang anak-anak kita berdikari kerana murid-murid yang lain membawa beg yang sama berat dan melalui jarak yang sama untuk ke tapak perhimpunan. Sila pastikan bekalan makanan dan minuman anak-anak dibawa semasa mereka pergi ke sekolah. Tuan/puan dilarang sama sekali memasuki kawasan sekolah pada waktu rehat dan waktu balik. Jika ada sebarang urusan dengan sekolah, sila dapatkan pas pelawat dan dijemput datang ke pejabat untuk berurusan dengan kami.

Bagi tujuan keselamatan juga, pihak sekolah kini telah mempunyai seorang warden trafik lalu lintas untuk membantu meningkatkan keselamatan murid-murid di hadapan kawasan sekolah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 SKSA