PERJUMPAAN IBUBAPA MURID TAHUN 6

Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Seri Anggerik, Kuala Lumpur akan menganjurkan satu perjumpaan bersama ibubapa murid tahun 6

Perjumpaan ini adalah bertujuaan untuk:

  1. Memberi penerangan tentang subjek teras dalam peperiksaan iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  2. Mempertingkatkan pencapaian UPSR bagi subjek teras.
  3. Memastikan peratusan kelulusan dan kecemerlangan terus meningkat.
  4. Persediaan yang diperlukan oleh murid sebelum peperiksaan.
  5. Strategi pembelajaran berkesan.
  6. Pengurusan masa yang efisyen.
  7. Memberitahu tentang aktiviti dan program yang akan dijalankan untuk murid tahun Enam.

Perjumpaan ini akan diadakan pada

Tarikh : 14 Februari 2009

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Dewan Serbaguna 1, SK Seri Anggerik.

Dengan makluman ini, diharapkan ibubapa /penjaga dapat memberi kerjasama sepenuhnya demi mencapai kejayaan kelak.

(Sila rujuk surat kami SKSA/02/10/001(02/09))

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 SKSA