PROGRAM SAYANGI BUKU ANDA

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik akan mengadakan Program Sayangi Buku Anda yang akan dijalankan pada bulan Februari ini. Tujuan utama program ini ialah untuk memupuk sikap bertanggungjawab, rasa menghargai dan menyayangi murid-murid terhadap buku-buku pinjaman (Buku Teks) yang diedarkan oleh pihak sekolah. Buku-buku tersebut akan digunakan oleh murid-murid lain pada tahun-tahun akan datang.

Program ini akan berlangsung selama satu minggu. Butiran program adalah seperti berikut:-

Tarikh : 16 - 20 Februari 2009

Waktu/Masa : Waktu Pendidikan Seni Visual (1 jam)

Sasaran : Murid-murid tahun 2 hingga tahun 6

Guru Penyelia : Guru SPBT dan Guru Pendidikan Seni.

Sehubungan dengan itu, pada hari berkenaan (hari yang ada Pendidikan Seni Visual untuk minggu tersebut) anak-anak tuan/puan dikehendaki membawa plastik pembalut buku, selotape dan gunting yang sesuai untuk digunakan dalam aktiviti/program Sayangi Buku Anda ini.

(sila rujuk surat SKSA/06/09/004(02) untuk salinan atas kertas. Surat akan diedarkan kepada murid-murid.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

SUMBANGAN 1 MURID 1 BUKU