SUMBANGAN 1 MURID 1 BUKU

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik akan mengadakan Pelancaran Program Galakan Membaca pada 16 Februari 2009 ini. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang bagi menjayakan program galakan membaca ini.

Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk tabiat suka membaca di kalangan murid-murid, untuk direkodkan dalam buku Program Nilam yang telah dibeli oleh semua murid sekolah ini.

Bagi menyokong usaha Program Galakan Membaca ini, pihak kami ingin meminta murid-murid menyumbang sebuah buku seorang untuk diletakkan di Sudut Bacaan /Mini Perpustakaan yang terletak dalam bilik darjah masing-masing. Murid akan dapat saling bertukar-tukar bahan bacaan sesama rakan sekelasnya dan juga dapat mengisi masa luang di dalam kelas dengan aktiviti pembacaan.

(Makluman penuh sila rujuk surat SKSA/06/09/004(03) yang akan diedarkan kepada murid-murid.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017 SKSA