Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Murid Tahun 1 2011

Merujuk kepada perkara di atas. Ibu bapa dan penjaga murid-murid tahun 1 bagi sesi persekolahan 2011 boleh merujuk kepada halaman web http://www.moe.gov.my/bpk bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Blog SKSA

Sila layari blog SK Seri Anggerik melalui alamat laman web http://skserianggerik.blogspot.com . bagi mendapat maklumat terkini berkaitan sekolah. Sekian, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Bercuti kepada semua warga SK Seri Anggerik.

Pengisian Waktu Cuti Persekolahan

Diharap ibu bapa menyusun jadual pembelajaran anak-anak semasa cuti dengan sebaik mungkin bagi tujuan meningkatkan pretasi pembelajaran mereka. Tuan/puan boleh membuka sistem pengurusan pembelajaran yang dibuat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) melalui alamat laman web http://spp.moe.edu.my . Semua subjek dari prasekolah hingga tahun 6 boleh dipelajari.

Orientasi Tahun 1

Orientasi Tahun 1 akan diadakan pada 30.12.2010 (hari Khamis) mulai jam 8.30 pagi. Ibu bapa murid tahun 1 2011 sila hadir untuk taklimat. Anak-anak Tahun 1 diminta hadir dengan berpakaian seragam sekolah lengkap.

Kedai Buku

Kedai buku akan mula beroperasi mulai 6.12.2010 (hari Isnin) sehingga sekolah dibuka. Waktu dibuka ialah dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang kecuali hari Ahad dan cuti umum. Senarai buku boleh diperolehi daripada kedai buku.

Keselamatan Murid

Mulai sesi persekolahan tahun 2011, semua kenderaan persendirian dan bas/van sekolah tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

Kenaikan Kelas 2011

Anak tuan/puan telah dimaklumkan kenaikan kelas mereka untuk tahun 2011. Harap maklum dan semua keputusan adalah muktamad.

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2010

Cuti akan bermula pada 17.11.2010 (hari Rabu) hingga 2.1.2010 (hari Ahad). Sesi persekolahan bagi tahun 2011 akan bermula pada 3.1.2011 (hari Isnin).

Penyerahan Buku Adab Belajar dan Kenaikan Kelas 2011

Keputusan PKSR akan diedarkan kepada anak tuan/puan melalui buku Adab Belajar pada minggu akhir persekolahan. Diminta tuan/puan memulangkan semula buku tersebut kepada guru kelas selepas ditandatangani. Pada akhir persekolahan, anak tuan/puan akan dinaikkan kelas bagi sesi persekolahan 2011. Sila pastikan anak tuan/puan telah dimaklumkan kelas mereka oleh guru kelas bagi melancarkan pembukaan hari pertama persekolahan tahun hadapan. Sekian, diharap semua perkara pada bulan november ini berada dalam makluman dan diambil tindakan oleh tuan/puan. Terima kasih di atas segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan kepada sekolah sepanjang tahun 2010 ini.

Pemulangan Buku Teks

Semua murid telah diberi pinjaman buku teks. Oleh yang demikian, sila pastikan semua buku-buku tersebut dipulangkan dalam keadaan baik, bersih dan berbalut. Diminta kerjasama tuan/puan untuk menggantikan buku-buku yang hilang dengan kadar segera.

Bayaran Yuran Persekolahan / Sumbangan PIBG

Terdapat 92 orang murid yang belum menjelaskan yuran persekolahan RM 23.50 dan lebih 300 orang belum menjelaskan sumbangan PIBG sebanyak RM 15.00 . Anak tuan/puan menikmati segala kemudahan ketika berada di sekolah. Oleh yang demikian, diharapkan tuan/puan dapat membuat bayaran dengan segera sebagai satu tanggung jawab sosial dan berlaku adil kepada semua pihak.

Sekolah ganti / Hari Anugerah Cemerlang

Bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidil Adha, sekolah ganti akan diadakan pada 13.11.2010 (hari Sabtu) dengan menggunakan jadual hari Jumaat. Pada hari itu juga akan diadakan Majlis Graduasi/Hari Anugerah Cemerlang untuk murid-murid Tahun 6 dan prasekolah. Ibu bapa murid tahun 6 dan prasekolah dijemput hadir. Majlis dijangkakan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Cuti Deepavali & Cuti Hari Raya Aidiladha

Dimaklumkan sempena perayaan Deepavali, sekolah akan bercuti mulai 4.11.2010 (hari Khamis) hingga 7.11.2010 (hari Ahad). Selamat menyambut Hari Deepavali. Hari Raya Aidil Adha akan disambut pada 17.11.2010 (hari Rabu). Sehubungan dengan itu murid akan mula bercuti mulai 17.11.2010 sehingga akhir tahun 2010 . Sekolah akan memulakan sesi persekolahan tahun 2011 mulai 3 Januari 2011 (hari Isnin). Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Ujian Intervensi 1 - tahun 5

Hari : Selasa Tarikh : 9 November 2010 8.00-8.50 pagi (50 minit) - Bahasa Melayu (011) Pemahaman 9.10-10.25 pagi (1 jam 15 minit) - Bahasa Melayu (012) Penulisan 11.15-12.30 tengah hari (1 jam 15 minit) - Sains (018) Hari : Rabu Tarikh : 10 November 2010 8.10-9.10 pagi (1 jam) - Matematik (015/1) Kertas 1 9.30-10.10 pagi (40 minit) - Matematik (015/2) Kertas 2 Hari : Khamis Tarikh : 11 November 2010 8.10-9.00 pagi (50 minit) - Bahasa Inggeris (014/1) (aneka pilihan) 9.10-10.25 pagi (1 jam 15 minit) - Bahasa Inggeris (014/2) (ujian bertulis) GOOD LUCK.

Peperiksaan Selaras PKSR 2 Tahun 1,2, dan 3

Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 18.10.2010 ( Isnin ) 7.45-8.35 pagi (50 minit) Bahasa Melayu (Pemahaman) 8.40-9.55 pagi (1 jam 15 minit) Bahasa Melayu (Penulisan) 11.00-12.00 pagi (1 jam) Pendidikan Agama Islam/Pendidikan Moral 19.10.2010 ( Selasa ) 8.00-9.15 pagi (1 jam 15 minit) Matematik (Tahun 1) 8.00-8.40 pagi (40 minit) Matematik 2 (Tahun 2 Dan 3) 9.00-10.00 pagi (1 jam) Matematik 1 (Tahun 2 Dan 3) 10.40-11.55 pagi (1 jam 15 minit) Sains 12.10-1.10 tengah hari (1 jam) Bahasa Cina (Tahun 1) : 1 Bestari 12.10-1.10 tengah hari (1 jam) Bahasa Tamil (Tahun 2) : 2 bestari 12.10-1.10 tengah hari (1 jam) Jawi (Tahun 3) 20.10.2010 ( Rabu ) 7.45-8.45 pagi (1 jam) English 9.00-10.00 pagi (1 jam) Bahasa Arab 11.00-12.00 tengah hari (1 jam) Jawi (Tahun 1) 11.00-12.00 tengah hari (1 jam) Bahasa Cina (Tahun 2) : 2 Bestari 11.00-12.00 tengah hari (1 jam) Bahasa Tamil (Tahun 3) : 3 Bestari 21.10.2010 ( Khamis ) 8.00-9.30 pagi (1 jam 30 minit) Pendidikan Seni 10.40-11.40 pagi (1 jam) Bahasa Tamil (Tahun...

Peperiksaan Selaras PKSR Tahun 4 dan 5

Tahun 4 dan Tahun 5 18.10.2010 ( Isnin ) 8.10-9.00 pagi (50 minit) Bahasa Melayu (Pemahaman) 9.10-10.25 pagi (1 jam 15 minit) Bahasa Melayu (Penulisan) 11.30-12.30 tengah hari (1 jam) Pendidikan Agama Islam / Pendidikan Moral 19.10.2010 ( Selasa ) 8.00-9.00 pagi (1 jam) Matematik (kertas 1) 9.30-10.10 pagi (40 minit) Matematik (kertas 2) 11.00-12.00 tengah hari (1 jam) Kajian Tempatan 12.10-1.10 tengah hari (1 jam) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 20.10.2010 ( Rabu ) 8.00-8.50 pagi (50 minit) English (paper 1) 9.10-10.25 pagi (1 jam 15 minit) English (paper 2) 11.15-12.30 tengah hari (1 jam 15 minit) Sains 21.10.2010 ( Khamis ) 8.00-9.00 pagi (1 jam) Kemahiran Hidup 9.15-10.15 pagi (1 jam) Bahasa Arab 11.00-12.00 tengah hari (1 jam) Jawi 12.10-1.10 tengah hari (1 jam) Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan 22.10.2010 ( Jumaat ) 8.00-9.30 pagi (1 jam 30 minit) Pendidikan Seni 10.50-11.50 pagi (1 jam) Pendidikan Muzik

Peperiksaan Selaras PKSR 2 Tahun 6

TAHUN 6 18.10.2010 ( Isnin ) 8.30-9.30 pagi (1 jam) Jawi 11.30-12.30 tengah hari (1 jam) Pendidikan Agama Islam / Pendidikan Moral 19.10.2010 ( Selasa ) 8.00-9.00 pagi (1 jam) Kajian Tempatan 11.15-12.45 tengah hari (1 jam 30 minit) Pendidikan Seni 20.10.2010 ( Rabu ) 8.00-9.00 pagi (1 jam) Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan 11.15-12.15 tengah hari (1 jam) Pendidikan Muzik 21.10.2010 ( Khamis ) 8.00-9.00 pagi (1 jam) Kemahiran hidup 9.15-10.15 pagi (1 jam) Bahasa Arab 11.20-12.20 tengah hari (1 jam) Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

Aktiviti Murid Tahun 6 Selepas UPSR

Berikut adalah antara aktiviti murid tahun 6 selepas UPSR. Penambahan aktiviti-aktiviti yang sesuai tertakluk kepada keputusan sekolah. Pertandingan Folio '1 Kerjaya Di Malaysia Pertandingan melukis poster ' Dadah Musuh Negara' Pertandingan Folio 'Tokoh Kemerdekaan' Penghasilan Seni Batik Peperiksaan kelayakan ke sekolah agama (Murid yang terlibat sahaja) Pertandingan Seni Kretif Aktiviti Sukaneka Kad Kreatif Permainan Futsal Tarik tali Teka Silang Kata Senam seni & aerobik Penghasilan buku memori SKSA 2010 Gotong royong dan keceriaan Lawatan ke Parlimen Persembahan sastera Pertandingan bercerita Penyampai berita 4 sesi ceramah Aktiviti Pautan Memori SKSA

Cuti Sempena Peperiksaan UPSR 2010

1. Untuk makluman tuan/puan, murid-murid Tahun 6 SK Seri Anggerik seramai 166 orang akan menduduki Peperiksaan UPSR selama 3 hari iaitu mulai 21.9.2010 (Selasa) hingga 23.9.2010 (Khamis). 2. Untuk keselesaan murid-murid Tahun 6 mengambil peperiksaan, maka pihak sekolah akan memberi cuti kepada murid-murid. Sila rujuk jadual yang ditetapkan di bawah: Tarikh : 21.9.2010 (Selasa) Kelas bercuti : tahun 2,3,4, dan 5 Kelas bersekolah : tahun 1 dan 6, pra sekolah Kem Bestari Solat : tahun 1 Tarikh : 22.9.2010 (Rabu) Kelas bercuti : tahun 1,4, dan 5 Kelas bersekolah : tahun 2,3, dan 6, pra sekolah Kem Bestari Solat : tahun 2 dan 3 Tarikh : 23.9.2010 (Khamis) Kelas bercuti : tahun 1,2, dan 3 Kelas bersekolah : tahun 4,5, dan 6, pra sekolah Kem Bestari Solat : tahun 4 dan 5 Sila pastikan anak-anak tuan/puan hadir dan mengikut ketetapan di atas. Harap maklum.

Cuti Pertengahan Penggal/ Cuti Hari Malaysia/ Sekolah Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk. 1. Sekolah akan bercuti iaitu Cuti Pertengahan Penggal / Cuti Hari Malaysia / Cuti Sempena Hari Raya Aidilfitri mulai 4.9.2010 hingga 19.9.2010. Walau bagaimanapun murid-murid dikehendaki bersekolah ganti pada ketetapan seperti berikut : Hari Cuti : 14.9.2010 (Selasa) Sekolah Ganti : 21.8.2010 (Sabtu) Waktu Persekolahan : 7.20pg-1.20tgh Jadual Waktu : Selasa Hari Cuti : 15.9.2010 (Rabu) Sekolah Ganti : 25.9.2010 (Sabtu) Waktu Persekolahan : 7.20pg-12.50tgh Jadual Waktu : Rabu Hari Cuti : 17.9.2010(Jumaat) Sekolah Ganti : 9.10.2010 (Sabtu) Waktu Persekolahan : 7.20pg-11.50pg Jadual Waktu : Jumaat

Hari Suaikenal Tahun 1 (pengambilan 2011)

Rujukan kami : SKSA 02/05/002 Jld 2 (30) Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklunkan bahawa satu majlis suaikenal untuk murid Tahun Satu Sesi persekolahan 20 akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 30.12.2010 Hari : Khamis Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Terbuka SK Seri Anggerik 3. Tuan/puan dikehendaki hadir bersama anak yang akan bersekolah dengan pakaian sekolah bersama perkara-perkara berikut: 3.1 Borang maklumat diri murid (SMM) telah lengkap diisi 3.2 2(dua) salinan fotostat surat beranak (depan & belakang) 3.3 1(satu) salinan fotostat kad imunisasi 3.4 1(satu) salinan fotostat gaji ibu bapa terkini (jika bekerja sendiri, sila lengkap Borang Akuan) 3.5 (borang dalam senarai semak) (Borang SPBT 1-Pin. 11/03) 4. Sila bawa alat tulis dan pensel warna bersama pada hari tersebut. 5. Aturcara Sesi Suaikenal Tahun Satu dan Pembayaran Yuran: 08.30 - 09.15 pagi : Taklimat di Dewan Terbuka. Ucapan Guru Besar. 09.15 - 10.15 pagi : Aktiviti ...

Hari KoKurikulum

Rujukan : SKSA/07/02/001(33)/2010 Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah menyertai perkhemahan tahunan unit berunifom SK Seri Anggerik pada 16 - 18 Julai 2010 yang lalu. Sehubungan dengan itu, akan diadakan acara kemuncak iaitu Hari KoKurikulum pada: Tarikh : 24 Julai 2010 (Hari Sabtu) Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan/puan pada hari tersebut untuk menyertai/menyaksikan acara-acara yang akan dijalankan iaitu: a. Hari Usahawan Tahun 6 (Jualan Makanan) b. Pertandingan Kawad Kaki Unit Berunifom c. Pertandingan Ikatan/Gajet d. Pertandingan Memasak e. Pertandingan Gubahan Bunga untuk ibu/bapa (Bawa bahan sendiri) f. Pertandingan Menganyam Ketupat

Perasmian Bilik Bahasa Cina & Bahasa Tamil

Bilik Bahasa Cina/tamil telah dibantu untuk diubahsuai oleh Dato' Kantharao. Oleh yang demikian YB Dato' akan hadir untuk merasmikan bilik-bilik tersebut pada 24.7.2010. Kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis tersebut.

Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6

Ibu bapa murid tahun 6 dijemput hadir sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini

Majlis Isra' Mikraj / Penghayatan Nilai Murni

Rujukan : SKSA/07/001(33)/2010 Program di atas akan dijalankan pada hari Jumaat, 30 Julai 2010. Semua murid perempuan Islam dikehendaki memakai baju kurung sekolah dan bertudung putih.

Peperiksaan Ujian Bulanan 2

TAHAP 1 - Tahun 1,2, dan 3. Selasa 27.7.2010 7.45-8.35 pagi - Bahasa Melayu (Pemahaman) 8.40-9.55 pagi - Bahasa Melayu (Penulisan) 10.45-11.45 pagi - Pendidikan Agama Islam/Pendidikan Moral 12.00-1.00 tengah hari - Bahasa Arab (tahun 1), Bahasa Cina (tahun 2), Bahasa Tamil (tahun 3) Rabu 28.7.2010 8.00-9.15 pagi - Matematik (tahun 1) 8.00-8.40 pagi - Matematik 2 (tahun 2 & 3) 8.50-9.50 pagi - Matematik 1 (tahun 2 & 3) 11.00-12.15 tengah hari - Sains Khamis 29.7.2010 7.45-8.45 pagi - Bahasa Inggeris 8.55-9.55 pagi - Bahasa Arab (tahun 2& 3), Bahasa Cina (tahun 1), Bahasa Tamil (tahun 1) 11.00-12.00 tengah hari - Bahasa Tamil (tahun 2) TAHAP 2 -Tahun 4 dan 5 Selasa 27.7.2010 8.00-8.50 pagi - Bahasa Melayu (pemahaman) 9.00-10.15 pagi - Bahasa Melayu (penulisan) 11.00-12.00 tengah hari - Pendidikan Agama Islam/ Pendidikan Moral 12.10-1.10 tengah hari - Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Rabu 28.7.2010 8.00-8.40 pagi - Matematik (kertas 2) 9.15-10.15 pagi - Matematik (kerta...

Penundaan Tarikh Motivasi Tahun 4

Rujukan : SKSA/02/02/006 Kepada Ibu bapa/Penjaga Murid Tahun 4, Berhubung dengan perkara di atas, Program Motivasi Ke Puncak Jaya bagi Tahun 4 terpaksa ditunda kerana pada tarikh tersebut murid-murid Tahun 4 akan menduduki Ujian Bulanan 3. 2. Oleh yang demikian, satu tarikh baru telah ditetapkan iaitu pada 3 Ogos 2010 (Selasa) pada waktu yang sama. 3. Dengan makluman ini, diharapkan ibu bapa/ penjaga dapat memberi kerjasama sepenuhnya demi kecemerlangan anak kita. Sekian, terima kasih.

Hari Terbuka Sekolah

Rujukan : SKSA/02/10/001(31)2010 Dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke sekolah bagi mendapat dan membincangkan keputusan PKSR (1) anak tuan/puan pada: Tarikh : 25 Jun 2010 (Hari Jumaat) Masa : 8.00 pagi - 11.30 pagi Tempat : Bilik Darjah Kelas masing-masing Semoga kehadiran tuan/puan dapat memberi ruang dan peluang kepada pihak sekolah dan tuan/puan berbincang dan bersama-sama meningkatkan prestasi akademik anak-anak.

Kem Bestari Solat Tahun 1

Kem Bestari Solat untuk murid-murid Islam Tahun 1 pada hari Sabtu (26.6.2010) dipinda ke hari Jumaat 25 Jun 2010 jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi kerana lawatan ke Zoo Negara pada tarikh tersebut bagi murid-murid Tahun 1. Sila pastikan anak tuan/puan memakai pakaian sukan untuk memudahkan guru-guru membimbing semasa aktiviti praktikal solat.

Penyelenggaraan Sekolah

Rujukan : SKSA/02/10/001(31)2010 Dimaklumkan bahawa baru-baru ini sekolah telah membaikpulih semua tandas murid dengan kos RM 3 500.00 supaya mereka dapat menggunakan tandas dengan selesa. Dipohon jasa baik tuan/puan untuk menasihati anak-anak supaya menggunakan tandas dengan betul kerana sebilangan daripda mereka membuang segala jenis sampah termasuk plastik minuman, botol, wallet dan pakaian dalam ke dalam lubang tandas. Murid-murid juga telah merosakkan sinki dan penyambungnya dengan merosakkan dan menendangnya hingga pecah.

Penghargaan Di Atas Sumbangan

Rujukan : SKSA/02/10/001(31)2010 Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan kertas A4 untuk kegunaan sekolah.

Jadual Peperiksaan Selaras PKSR 1 Tahap 2

Tahun 4, 5 dan 6 21.05.2010 JUMAAT 8.00 pagi - 9.30 pagi : Pendidikan Seni 10.50 pagi - 11.50 pagi : Pendidikan Muzik 24.05.2010 ISNIN 8.00 pagi - 8.50 pagi : Bahasa Melayu (Pemahaman) 9.00 pagi - 10.15 pagi : Bahasa Melayu (Penulisan) 11.30 pagi - 12.30 tengah hari : Pendidikan Agama Islam / Pendidikan Moral 25.05.2010 SELASA 8.00 pagi - 9.00 pagi : Mathematics (Paper 1) 9.20 pagi - 10.20 pagi : Mathematics (Paper 2) 11.15 pagi - 12.15 tengah hari : Kajian Tempatan 12.30 tengah hari - 1.30 tengah hari : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 26.05.2010 RABU 8.00 pagi - 8.50 pagi : English (Paper 1) 9.15 pagi - 10.30 pagi : English (Paper 2) 11.15 pagi - 12.30 tengah hari : Science 27.05.2010 KHAMIS 7.45 pagi - 8.45 pagi : Kemahiran Hidup 8.55 pagi - 9.55 pagi : Bahasa Arab 11.15 pagi - 12.15 tengah hari : Jawi 12.30 tengah hari - 1.30 tengah hari : Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan GOOD LUCK!

Jadual Peperiksaan Selaras PKSR 1 Tahap 1

Tahun 1,2, dan 3 21.05.2010 JUMAAT 8.00 pagi - 9.30 pagi : Pendidikan Seni 10.40 pagi - 11.40 pagi : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 24.05.2010 ISNIN 7.45 pagi - 8.35 pagi : Bahasa Melayu (Pemahaman) 8.40 pagi - 9.55 pagi : Bahasa Melayu (Penulisan) 11.00 pagi - 12.00 tengah hari : Pendidikan Agama Islam / Pendidikan Moral 25.05.2010 SELASA 8.00 pagi - 9.15 pagi : Mathematics (Year 1) 8.00 pagi - 8.40 pagi : Mathematics 2 (Year 2 and Year 3) 9.00 pagi - 10.00 pagi : Mathematics 1 (Year 2 and Year 3) 10.40 pagi - 12.05 pagi : Science 12.15 pagi - 1.15 pagi : Bahasa Cina(Tahun 1), Bahasa Tamil(Tahun 2) Jawi (Tahun 3) 26.05.2010 RABU 7.45 pagi - 8.45 pagi : English 9.00 pagi - 10.00 pagi : Bahasa Arab 11.00 pagi - 12.00 tengah hari : Bahasa Cina(Tahun 2), Bahasa Tamil(Tahun 3) Jawi (Tahun 1) 27.05.2010 KHAMIS 8.00 pagi - 8.40 pagi : Bahasa Tamil(Tahun 1) Jawi (Tahun 2) GOOD LUCK!

Tarikh-Tarikh, Aktiviti Sekolah dan Permohonan Sumbangan

Rujukan SKSA/02/10/001(30)/2010 1. Peperiksaan Semesta 1 akan diadakan pada 21.5.2010 hingga 27.5.2010. Murid tidak hadir tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan kecuali sekolah menerima surat cuti sakit dari ibu bapa. 2. Sekolah akan bercuti sempena Hari Wesak pada 28.5.2010 (Hari Jumaat). 3. Cuti Pertengahan Penggal adalah pada 5.6.2010 hingga 20.6.2010. 4. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada 4.6.2010. 5. Kokurikulum adalah diwajibkan kepada murid-murid Tahun 4,5, dan 6. Ia diadakan setiap Hari Rabu mulai 2.00 petang bagi memberi ruang kepada guru-guru dan murid-murid makan dan solat Zohor. Murid-murid dinasihatkan untuk tidak keluar dari kawasan sekolah untuk membeli makanan. Oleh yang demikian, sila pastikan tuan/puan memberi nasihat kepada anak-anak supaya tidak keluar demi keselamatan mereka. Sekolah tidak menggalakkan murid-murid pulang ke rumah untuk makan tengah hari atas sebab-sebab keselamatan. Kokurikulum berakhir jam 4.00 petang. 6. Sila tingkatkan ...

Bayaran Yuran Persekolahan dan Yuran PIBG.

Rujukan : SKSA 02/10/001Jld.2(29)/2010. Terdapat 15% ibu bapa yang belum menunaikan tanggungjawab untuk membayar yuran persekolahan anak-anak yang berjumlah hanya RM 23.50. Manakala 50% dalam kalangan ibu bapa yang belum membuat sumbangan PIBG yang berjumlah RM 15.00 bagi setiap keluarga. Pihak sekolah dan PIBG berharap tuan/puan dapat memberikan sumbangan ini bagi memberi manfaat kepada anak-anak dan pihak sekolah.

Sukaneka SKSA

Sukaneka akan diadakan bagi murid-murid tahap 1 ( tahun 1,2, dan 3). Murid-murid dikehendaki hadir seperti hari persekolahan biasa dengan berpakaian sukan. Tarikh : 17 April 2010. Hari : Sabtu (Jadual waktu hari Isnin) (Cuti ganti Hari Raya Aidil Fitri). Tempat : Dataran SKSA.

Sekolah Ganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri

Rujukan : SKSA 02/10/001 Jld.2(29)/2010 Sekolah Ganti Hari Raya Aidil Fitri akan diadakan pada 24.4.2010 ( Hari Sabtu ) dengan menggunakan jadual waktu hari Isnin. Pada hari tersebut juga akan diadakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid Tahun 4 dan 5. Murid-murid Tahun 6 dikehendaki hadir seperti biasa.

Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 1

Rujukan : SKSA 02/10/00/001 Jld.2(29)/2010 Dimaklumkan bahawa satu perjumpaan dengan ibu bapa tahun 1 akan diadakan pada hari Sabtu, 17 April jam 8.30 pagi di dewan SK Seri Anggerik. Perjumpaan ini diadakan dengan tujuan memberikan pendedahan dengan lebih jelas mengenai program LINUS ( Literasi dan Numerasi ) kepada tuan/puan.

Jemputan Menghadiri Kejohanan Balapan Dan Padang Dan Pengangkutan Murid Ke Stadium

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik Kali ke-7 diadakan pada: Tarikh : 27 April 2010 (Selasa) Masa : 8:00 pagi - 1:00 petang Tempat : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Pihak kami juga ingin membuat bancian samada anak tuan/puan ke stadium pada hari sukan dengan menaiki kenderaan sendiri atai menaiki bas yang disediakan. Bagi murid yang menaiki bas bayaran sebanyak RM 6.00 akan dikenakan. Sehubungan dengan itu juga, warga sekolah ini dengan segala hormatnya ingin menjemput tuan / puan untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan kejohanan tersebut dan menyaksikan penglibatan anak tuan /puan dalam temasya kali ini. Kerjasama pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sila rujuk surat edaran 05/10/003/2010(001)

Perubahan Tarikh Kem Bestari Solat

Adalah dimaklumkan bahawa perubahan tarikh Kem Bestari Solat adalah seperti berikut: Tahun 4 dan 5 Tarikh asal: 17 April 2010 Tarikh perubahan: 24 April 2010 Tahun 1 Tarikh asal: 24 April 2010 Tarikh perubahan: 17 April 2010 Perubahan ini disebabkan kebanyakan murid-murid tahun 4 dan 5 menyertai lawatan ke Pusat Sains Negara pada 17 April 2010. Sekian, diharap perkara di atas mendapat perhatian dari pihak tuan/puan. Sekian, terima kasih.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-7 & Hari Anugerah 2010

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa/penjaga, guru-guru dan murid-murid yang telah menjayakan majlis tersebut pada 3 April 2010.

Pendaftaran Murid Prasekolah bagi Kanak-Kanak Warganegara Malaysia Bagi Kemasukan Tahun 2011

Tahun kelahiran : 02.01.2005 hingga 01.01.2006 Sesi Persekolahan : 2011 Tarikh Pendaftaran di Sekolah : 15.03.2010 hingga 15.06.2010 Masa Pendaftaran : Hari Persekolahan (8 pagi hingga 4 petang) Catatan: Dokumen yang perlu dibawa bersama ketika membuat permohonan: 1. Sijil Kelahiran asal dan salinan / Sijil asal dan Salinan Surat Pengangkatan Anak 2. Bukti alamat tempat tinggal (bil telefon/elektrik/air/cukai pintu/cukai tanah) 3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga 4. Satu sampul surat warna putih bertingkap ( saiz 11.5cm X 24.5cm) dan bersetem 50 sen. 5. Slip gaji ibu dan bapa atau penjaga hendaklah disahkan.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi Kanak-Kanak Warganegara Malaysia Bagi Kemasukan Tahun 2011&2012

Tahun kelahiran : 02.01..2004 hingga 01.01.2005 Sesi Persekolahan : 2011 Tarikh Pendaftaran di Sekolah : 02.03.2010 hingga 30.04.2010 Masa Pendaftaran : Hari Persekolahan (8 pagi hingga 4 petang) Catatan : Mulai 2 Mei 2009 hingga 31.12.2009 (Pendaftaran bermula di JPWP) Tahun kelahiran : 02.01.2005 hingga 01.01.2006 Sesi Persekolahan : 2012 Tarikh Pendaftaran di Sekolah : Berterusan di sekolah sehingga 30 April 2011 Masa Pendaftaran : Hari Persekolahan (8 pagi hingga 4 petang) Catatan : Mulai 4 Mei 2011 hingga 31.12.2012 Dokumen yang perlu dibawa bersama ketika membuat permohonan: 1. Sijil Kelahiran asal dan salinan / Sijil asal dan Salinan Surat Pengangkatan Anak 2. Bukti alamat tempat tinggal (bil telefon/elektrik/air/cukai pintu/cukai tanah) 3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga 4. Satu sampul surat warna putih bertingkap ( saiz 11.5cm X 24.5cm) dan bersetem 50 sen.

Jadual Latihan Rumah Sukan 2010

Mesyuarat Rumah Sukan - 8 Mac 2010/Isnin Latihan Sukan diadakan di SKSA. Latihan 1 (2:30 petang - 4:30 petang) Rumah Sukan Merah/Kuning - 9 Mac 2010/Isnin Rumah Sukan Hijau/Biru - 10 Mac 2010/Selasa Latihan 2 (2:30 petang - 4:30 petang) Rumah Sukan Merah/Kuning - 29 Mac 2010/Isnin Rumah Sukan Hijau/Biru - 30 Mac 2010/Selasa Latihan 3 (2:30 petang - 4:30 petang) Rumah Sukan Merah/Kuning - 31 Mac 2010/Rabu Rumah Sukan Hijau/Biru - 1 April 2010/Khamis Latihan 4 (2:30 petang - 4:30 petang) Rumah Sukan Hijau/Biru - 5 April 2010/Isnin Rumah Sukan Merah/Kuning - 6 April 2010/Selasa Latihan 5 (2:30 petang - 4:30 petang) Rumah Sukan Hijau/Biru - 7 April 2010/Rabu Rumah Sukan Merah/Kuning - 8 April 2010/Khamis Latihan 6 (2:30 petang - 4:30 petang) Rumah Sukan Merah/Kuning - 14 April 2010/Rabu Rumah Sukan Hijau/Biru - 15 April 2010/Khamis Sukantara di SKSA (8:00 pagi) 19, 20 dan 21 April 2010/Isnin, Selasa dan Rabu Sukantara Acara Akhir di SKSA (8:00 pagi) 22 dan 23 April 2010/Khamis dan ...

Perayaan 1 Malaysia

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dengan Perayaan 1 Malaysia. Perayaan ini telah diadakan pada 6 Mac 2010/Sabtu dengan jayanya.

Kutipan Yuran Unit Berunifom SKSA 2010

Satu surat edaran telah diedarkan kepada semua murid tahap 2 ( tahun 4,5,6) berkaitan dengan yuran pendaftaran unit berunifom SKSA bagi tahun 2010. Kerjasama semua murid tahap 2 dan ibubapa adalah amat dihargai. Harap maklum.

Jadual Ujian Bulanan 1 / 2010

TAHAP 1 ( TAHUN 1,2,3) ISNIN (1/3/2010) BAHASA MELAYU (0745-0835) BAHASA MELAYU (0840-0955) PENDIDIKAN AGAMA ISLAM/PENDIDIKAN MORAL (1115-1215) SELASA (2/3/2010) MATHEMATICS (YEAR 1) (0800-0915) MATHEMATICS (YEAR 2 & YEAR 3) (0800-0840) MATHEMATICS (YEAR 2 & YEAR 3) (0900-1000) SCIENCE (1100-1215) RABU (3/3/2010) ENGLISH (0745-0845) BAHASA ARAB (0900-1000) BAHASA MANDARIN (1100-1200) BAHASA TAMIL (1100-1200) TAHAP 2 ( TAHUN 4,5,6) ISNIN (1/3/2010) BAHASA MELAYU (0800-0850) BAHASA MELAYU (0900-1015) PENDIDIKAN AGAMA ISLAM/PENDIDIKAN MORAL (1115-1215) SELASA (2/3/2010) SCIENCE (0800-0915) MATHEMATICS (PAPER 2) (0940-1020) HEMATICS (PAPER 1) (1100-1200) SIVIK & KEWARGANEGARAAN (1215-1315) RABU (3/3/2010) ENGLISH (PAPER 1) (0800-0850) ENGLISH (PAPER 2) (0915-1030) kAJIAN TEMPATAN (1115-1215) KHAMIS (4/3/2010) BAHASA ARAB (0800-0900) GOOD LUCK!

Ujian Bulanan 1

Rujukan: SKSA 02/10/001 Jld.2(6)/2010 Ujian Bulanan 1 akan diadakan mulai 1.3.2010 - 4.3.2010. Harap maklum.

Cuti Maulidur Rasul

Rujukan: SKSA 02/10/001 Jld.2(6)/2010 Sekolah akan bercuti sempena Maulidur Rasul pada 26.2.2010 (Hari Jumaat). Harap maklum.

Cuti Tahun Baru Cina

Rujukan: SKSA 02/10/001 Jld.2(6)/2010 Sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina mulai 13.2.2010 (Hari Sabtu) hingga 21.2.2010 (Hari Ahad). murid akan bersekolah semula pada 22.2.2010 (Hari Isnin). Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina.

Kem Bestari Solat Tahun 2 dan 3 (KBS)

Rujukan: SKSA 02/10/001 Jld.2(6)/2010 Kem Bestari Solat tahun 2 dan 3 yang pada asalnya akan diadakan pada 27.2.2010 ditunda kepada 9.10.2010 kerana sambutan Maulidur Rasul. KBS bagi tarikh-tarikh lain akan berjalan seperti biasa. Terima kasih di atas sumbangan tuan/puan bagi menjayakannya.

Keselamatan Murid

Rujukan: SKSA 02/10/001 Jld.2(6)/2010 Dimaklumkan bahawa masih ramai dalam kalangan ibu bapa yang masuk ke kawasan sekolah dengan tujuan menghantar dan menunggu anak, menghantar bekalan dan sebagainya bukan dengan tujuan rasmi. Oleh yang demikian, dipohon kerjasama tuan/puan untuk menunggu anak hanya di tepi pagar sekolah, bukan di kantin, di pondok-pondok bacaan dan di luar kelas. Pengawal keselamatan akan meronda kawasan sekolah dan meminta jasa baik tuan/puan untuk tidak berada dalam kawasan sekolah kecuali untuk tujuan rasmi. Sila beri kerjasama kepada pihak sekolah dalam hal ini. Sila dapatkan pas pelawat jika ingin berjumpa pihak pentadbiran.

Kem Bestari Solat Murid Tahun 1 hingga 6

Rujuk : SKSA/06/09/004(01) Dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik akan mengadakan Kem Bestari Solat seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua murid Islam DIWAJIBKAN menghadiri kem tersebut. Butiran maklumat adalah seperti berikut: Tempat : Surau SKSA. Masa : 8:00 pagi - 12:30 tengahari. Pakaian murid lelaki : baju sukan sekolah dan bersongkok. Pakaian murid perempuan : baju sukan sekolah, bertudung dan berstokin. Tarikh : TAHUN 1 : 5 MAC 2010 (JUMAAT) 24 APRIL 2010 (SABTU) 26 JUN 2010 (SABTU) 21 SEPTEMBER 2010 (SELASA) TAHUN 2 DAN 3: 27 FEBRUARI 2010 (SABTU) 8 MEI 2010 (SABTU) 10 JULAI 2010 (SABTU) 22 SEPTEMBER 2010 (RABU) TAHUN 4 dan 5: 17 APRIL 2010 (SABTU) 22 MEI 2010 (SABTU) 31 JULAI 2010 (SABTU) 23 SEPTEMBER 2010 (KHAMIS) TAHUN 6: 25 SEPTEMBER 2010 (SABTU) Bagi menjayakan Kem Bestari Solat tersebut, pihak sekolah ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak tuan bagi menampung perbelanjaan makan dan minum anak tuan serta murid yang kurang berkemam...

Majlis Perkongsian Ilmu Ibubapa Guru Murid Tahun 6

Rujukan: SKSA/02/10/002(04/10) Merujuk kepada perkara di atas, pihak sekolah dengan sukacitanya menjemput ibubapa murid tahun 6 untuk menghadiri Majlis Perkongsian Ilmu anjuran pihak sekolah. 2. Tujuan ceramah ini diadakan untuk berkongsi idea dan berbincang tentang cara dan kaedah bagaimana ibubapa dapat membantu anak-anak membuat persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan UPSR Kelak. 3. Di samping itu juga, majlis ini adalah satu program perkongsian maklumat dan pengalaman daripada penceramah yang juga merupakan seorang usahawan, penulis buku akademik dan tenaga pengajar bagi murid-murid tahun 6. Oleh yang demikian, adalah bertepatan bagi tuan/puan untuk menghadiri program ini. 4. Majlis ini akan diadakan pada: Tarikh : 23 Januari 2010 Hari : Sabtu Masa : 10.00 pagi (pendaftaran) Tempat : Dewan Serbaguna 1, SK Seri Anggerik

Sekolah Ganti Sempena Tahun Baru Cina

Rujukan: SKSA 02/10/001/Jld2(5)/2010 Adalah dimaklumkan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 14 dan 15 Februari 2010 (Hari Ahad dan Isnin). Sekolah akan bercuti pada 12.02.2010 hingga 21.02.2010. Oleh yang demikian sekolah ganti akan dijalankan pada ketetapan berikut: 23.01.2010 - Hari Sabtu (Jadual Hari Rabu: 07.20 pagi hingga 12.50 tengahari) 06.02.2010 - Hari Sabtu (Jadual Hari Jumaat: 07.20 pagi hingga 11.50 pagi)

Bayaran Tambahan Persekolahan

Rujukan: SKSA 02/10/001/Jld2(5)/2010 Dipohon kerjasam tuan/puan untuk menjelaskan bayaran tambahan persekolahan sebanyak RM 23.50 bagi tahun ini sebagaimana yang telah diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 31.12.2009. Sehingga tarikh ini hanya seramai 389 orang murid iaitu 38% yang telah membuat bayaran. Surat daripada pihak sekolah telahpun diedarkan kepada anak tuan/puan pada hari pertama persekolahan.

Waktu Persekolahan

Rujukan: SKSA 02/10/001/Jld2(5)/2010 Didapati masih ramai murid yang lewat hadir ke sekolah setiap hari. Diharap mendapat perhatian dan tindakan daripada tuan/puan untuk memastikan mereka berada dalam kawasan sekolah pada jam 7.20 pagi setiap hari.

Kelas Bahasa Cina/ Bahasa Tamil

Rujukan 02/10/001/Jld2(1)/2010 Anak tuan/puan digalakkan menyertai kelas Bahasa Cina (Tahun 1 dan 2) dan kelas Bahasa Tamil (Tahun 1 hingga Tahun 3) yang diperkenalkan di sekolah ini. Sila berhubung dengan pihak sekolah untuk keterangan lanjut.

Waktu Persekolahan Tahun 2010

Rujukan 02/10/001/Jld2(1)/2010 Murid Prasekolah 8.00 pagi - 12.00 tengahari ( Isnin- Khamis ) 7.50 pagi - 11.50 pagi (Jumaat) Murid tahap 1 ( Tahun 1,2,3) Isnin ( 7.20 pagi - 12.50 tengahari ) Selasa ( 7.20 pagi - 1.20 tengahari ) Rabu ( 7.20 pagi - 12.50 tengahari ) Khamis ( 7.20 pagi - 1.20 tengahari ) Jumaat ( 7.20 pagi - 11.50 pagi ) Murid tahap 1 ( Tahun 4,5,6) Isnin ( 7.20 pagi - 12.50 tengahari ) Selasa ( 7.20 pagi - 1.20 tengahari ) Rabu ( 7.20 pagi - 12.50 tengahari ) Ko-kurikulum ( 2.00 petang - 4.30 petang) Khamis ( 7.20 pagi - 1.20 tengahari ) Jumaat ( 7.20 pagi - 11.50 pagi )

Bayaran Persekolahan 2010

Rujukan 02/10/001/Jld2(1)/2010 (Kelulusan daripada JPWP pada 31/12/2010) 1. Ko-Kurikulum = RM 3 2. Kertas Ujian Dalaman = RM 6 3. Sukan Tahunan/Sukaneka Sekolah = RM 5 4. Kegiatan Pendidikan Islam/Moral = RM 6 5. MSSM = RM 2 6. Insuran Takaful = RM 1.50 Jumlah = RM 23.50

LOKASI SKSA

Imej
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.