Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan & Kaunseling, SKSA akan menganjurkan satu perjumpaan bersama ibu bapa murid Tahun Enam kali ke-2. 2. Perjumpaan ini adalah bertujuaan untuk membentangkan prestasi setiap ujian yang telah dijalankan oleh murid-murid tahun 6. membincangkan tahap pencapaian murid yang berpotensi untuk lulus dengan cemerlang namun kurang berusaha dalam ujian yang dijalani. Bersama-sama mencari inisiatif meningkatkan pencapaian murid di kelas sederhana agar dapat meningkatkan prestasi ke tahap yang memuaskan. 3. Perjumpaan ini akan diadakan pada: Tarikh: 30 Mei 2009 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi- 11.50 pagi. Tempat : Dewan 1, SKSA 4. Oleh yang demikian, kami sertakan borang maklum balas yang menyatakan bahawa tuan/puan akan hadir/tidak menghadiri perjumpaan tersebut. 5. Dengan makluman ini, diharapkan tuan/puan/penjaga dapat memberikan kerjasama sepenuhnya demi mencapai kejayaan kelak.

JADUAL PEPERIKSAAN SELARAS PKSR 1 2009

Tahun 1, 2 dan 3 Tarikh: 22 Mei 2009 (Jumaat) Subjek: Pendidikan Seni Visual Tarikh: 25 Mei 2009 (Isnin) Subjek: Bahasa Melayu(Pemahaman), Bahasa Melayu(Penulisan) dan Pend. Agama Islam/Moral Tarikh: 26 Mei 2009 (Selasa) Subjek: Mathematics (year 1), Mathematics2 (year 2&3), Mathematics1 (year 2&3), dan Science Tarikh: 27 Mei 2009 (Rabu) Subjek: English, Bahasa Arab, Pend. Jasmani & Kesihatan Tarikh: 28 Mei 2009 (Khamis) Subjek: Bahasa Mandarin (tahun 1) & Bahasa Tamil (tahun 1&2) Tahun 4,5, dan 6 Tarikh: 22 Mei 2009 (Jumaat) Subjek: Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik Tarikh: 25 Mei 2009 (Isnin) Subjek: Bahasa Melayu(Pemahaman), Bahasa Melayu(Penulisan) dan Pend. Agama Islam/Moral Tarikh: 26 Mei 2009 (Selasa) Subjek: Mathematics (paper2), Mathematics (paper1), dan Kajian Tempatan Tarikh: 27 Mei 2009 (Rabu) Subjek: English (paper1), English (paper2), Science, dan Pend. Jasmani & Kesihatan (tahun 4&5 sahaja) Tarikh: 28 Mei 2009 (Khamis) Subjek: Kemahi...

KEM BESTARI SOLAT MURID TAHUN 1,4 DAN 5

Tuan/Puan, Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa SKSA akan mengadakan Kem Bestari Solat seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua murid islam DIWAJIBKAN menghadiri kem tersebut. Butiran maklumat adalah seperti berikut: Tahun 1 Tarikh: 16 Mei 2009 & 10 Oktober 2009 Masa: 8.00 a.m - 12.30 p.m Tempat: SURAU SKSA Tahun 4 dan 5 Tarikh: 16 Mei 2009 & 25 Oktober 2009 Masa: 8.00 a.m - 12.30 p.m Tempat: SURAU SKSA 3. Merujuk kepada maklumat di atas, Kem Bestari Solat Tahun 1 telah dipercepatkan dari tarikh sebenar (23 Mei 2009) kepada tarikh yang baru (16 Mei 2009) kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 4. Sehubungan dengan itu, murid lelaki dikehendaki memakai baju melayu (warna bebas) dan bersongkok sementara murid perempuan berbaju kurung dan bertudung (warna bebas). Murid-murid juga dikehendaki membawa barang-barang yang disenaraikan: alat tulis pensil warna

SKSA/02/10/001/Jld 2 (14/09)

Kepada ibu bapa / penjaga, murid-murid SKSA Tuan/Puan, 1. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 1 PKSR akan dijalankan pada 22 Mei 2009 hingga 29 Mei 2009. Diharap tuan/puan memberi dorongan kepada anak-anak untuk membuat persediaan. 2. Sumbangan Bayaran Peperiksaan 2009. Sekolah belum mendapat kebenaran untuk membuat sebarang kutipan. Sekolah menghadapi masalah untuk membuat bayaran bagi perbelanjaan kertas Peperiksaan selaras PKSR 1 dan 2 di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri. Bayaran yang perlu dibayar oleh pihak sekolah bagi setiap murid tahun 1, 2, dan 3 ialah RM 6.00 dan tahun 4, 5, dan 6 ialah RM 8.00. Perbelanjaan ini tidak termasuk ujian bulanan dan fotostat bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. 3. Cuti Pertengahan Semester 1 Cuti akan bermula pada 30 Mei 2009 hingga 14 Jun 2009. Murid-murid Tahun 6 akan hadir untuk Kelas Tambahan pada 1-5 Jun 2009. Sila pastikan anak tuan/puan hadir sepanjang minggu tersebut. 4. Disiplin Murid Dipohon kerjasama tuan/puan untuk sama-sama berus...

Sukan Tahunan, Cuti Peristiwa & Peraturan Sekolah

Merujuk kepada surat kami SKSA/02/10/001(13)/2009 Tarikh : 23 April 2009 Kepada: Ibubapa/Penjaga Tuan/Puan, 1. Sukan Tahunan SKSA kali ke-6 Sukacita dimaklumkan tuan/puan dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Sukan Tahunan SK Seri Anggerik yang akan diadakan pada: Tarikh : 25 April 2009 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi Tempat : Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur 2. Cuti Peristiwa Sekolah Bersempena dengan Sukan Tahunan Sekolah, sekolah akan bercuti pada: Tarikh : 27 April 2009 (Isnin). Murid-murid diminta hadir semula ke sekolah pada hari Selasa, 28 April 2009. 3. Peraturan Sekolah Dipohon kerjasama daripada ibu/bapa/penjaga murid-murid untuk mematuhi peraturan sekolah iaitu tidak memasuki kawasan sekolah tanpa sebarang urusan . Terdapat segelintir ibu/bapa/penjaga yang masih lagi memasuki kawasan sekolah untuk menghantar beg dan makanan anak-anak sekolah. Tuan/puan dijemput hadir ke sekolah sekiranya terdapat masalah pembelajaran anak-anak. Sekian, diharapkan perkara-perkara di atas be...

SEKOLAH GANTI SEMPENA HARI RAYA PUASA

Tuan/puan Dimaklumkan bahawa persekolahan diadakan seperti biasa pada hari Sabtu bersamaan 11 April 2009 (Jadual hari Khamis).

SUKAN TAHUNAN 2009

Sukan Tahunan 2009 SK Seri Anggerik Kuala Lumpur. Semua murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) terlibat dengan Sukan Tahunan 2009. Berikut merupakan sesi latihan rumah sukan yang akan diadakan: Tempat : SK Seri Anggerik. Masa : 2.00 p.m. - 4.30 p.m. 24 Mac 2009 (Selasa) : Rumah Sukan Hijau dan Rumah Sukan kuning . 25 Mac 2009 (Rabu) : Rumah Sukan Merah dan Rumah Sukan Biru. 26 Mac 2009 (Khamis) : Rumah Sukan Hijau dan Rumah Sukan kuning. 30 Mac 2009 (Isnin) : Rumah Sukan Merah dan Rumah Sukan Biru. 31 Mac 2009 (Selasa) : Rumah Sukan Hijau dan Rumah Sukan kuning. 1 April 2009 (Rabu) : Rumah Sukan Merah dan Rumah Sukan Biru. 2 April 2009 (Khamis) : Rumah Sukan Hijau dan Rumah Sukan kuning. 6 April 2009 (Isnin) : Rumah Sukan Merah dan Rumah Sukan Biru. 7 April 2009 (Selasa) : Rumah Sukan Hijau dan Rumah Sukan kuning. 8 April 2009 (Rabu) : Rumah Sukan Merah dan Rumah Sukan Biru. 9 April 2009 (Khamis) : Rumah Sukan Hijau dan Rumah Sukan kuning. 13 April 2009 (Isnin) : Rumah Sukan Merah dan Rumah ...

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE 6 SESI 2008/2009

Tuan/puan, Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 6 sesi 2008/2009 Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 28 Mac 2009 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Serbaguna, Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik. Sehubungan dengan itu pihak PIBG dan sekolah dengan hormatnya menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Kehadiran Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah dialu-alukan demi kebaikan bersama. Bersama dengan surat edaran disertakan borang kehadiran dan usul untuk Dato'/Datin/Tuan/Puan mengemukan sebarang usul yang membina demi kemajuan anak-anak kita dan pihak sekolah. Borang tersebut perlulah dihantar kepada pihak sekolah pada atau sebelum 6 MAC 2009 . (Sila rujuk surat SKSA/09/04/002(1)/2009 yang telah diedarkan kepada murid-murid.)

AKTIVITI GOTONG ROYONG ANJURAN SKSA &PIBG

Rujukan : SKSA/02/10/001/Jld.2(11/09) Tarikh : 26 Februari 2009 Tuan/puan, 1. Aktiviti Gotong-Royong anjuran SKSA & PIBG Dimaklumkan bahawa aktiviti gotong-royong akan diadakan pada: Tarikh : 7 Mac 2009 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari Diharap mendapat kerjasama tuan/puan untuk hadir dan bersama-sama meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah. 2. Disiplin Murid Dipohon kerjasama daripada tuan/puan untuk meningkatkan disiplin anak-anak kita kerana meningkatnya kes-kes kecurian, merosakkan harta sekolah dan barang rakan-rakan, tidak menghiraukan keselamatan diri serta menjaga kebersihan tandas. Tanpa kerjasama tuan/puan, disiplin anak-anak tidak akan dapat dipertingkatkan. Kereta beberapa orang guru telah dicalarkan oleh murid-murid dan kes ini termasuk dalam salahlaku yang berat. Pihak sekolah sedang menyiasat kes ini dan murid-murid yang dikenalpasti melakukan salahlaku tersebut akan dikenakan tindakan disiplin dan nama akan dihantar ke Jabatan Pelajaran. 3. Lar...

PENDAFTARAN TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2010 DAN 2011

Tarikh : 2 Mac 2009 hingga 30 April 2009 Hari : Isnin hingga Jumaat Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang Tempat : Pejabat Sekolah Sila bawa bersama: Sijil lahir asal dan satu salinan. Bil Utiliti (Bil elektrik/Bil air/Bil telefon). Satu salinan kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga. Sampul surat putih bertingkap bersaiz 4 X 9 (115cm X 245cm). Setem 50 sen.

UJIAN BULANAN 1

Tahap 2 - tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Isnin - 2.3.2009 Bahasa Melayu (Pemahaman) Bahasa Melayu (Penulisan) Pendidikan Agama Islam/Pendidikan Moral Selasa - 3.3.2009 Mathematics (Paper2) Mathematics (Paper1) Kajian Tempatan Rabu - 4.3.2009 English (Paper1) English (Paper2) Science Khamis - 5.3.2009 Pendidikan Sivik & Kewargaanegaraan Bahasa Arab ( tahun 4 dan tahun 5 sahaja) Tahap 1 - tahun 2 dan tahun 3 Isnin - 2.3.2009 Bahasa Melayu (Pemahaman) Bahasa Melayu (Penulisan) Pendidikan Agama Islam/Pendidikan Moral Selasa - 3.3.2009 Mathematics (Paper2) Mathematics (Paper1) Science Rabu - 4.3.2009 English Bahasa Arab 1. Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa selepas peperiksaan 2. Sediakan alat tulis yang secukupnya. 3. Waktu pulang mengikut jadual persekolahan biasa. (Makluman penuh sila rujuk Jadual Peperiksaan Ujian Bulanan 1 yang telah diedarkan kepada murid-murid)

SUMBANGAN 1 MURID 1 BUKU

Tuan/Puan, Dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik akan mengadakan Pelancaran Program Galakan Membaca pada 16 Februari 2009 ini. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang bagi menjayakan program galakan membaca ini. Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk tabiat suka membaca di kalangan murid-murid, untuk direkodkan dalam buku Program Nilam yang telah dibeli oleh semua murid sekolah ini. Bagi menyokong usaha Program Galakan Membaca ini, pihak kami ingin meminta murid-murid menyumbang sebuah buku seorang untuk diletakkan di Sudut Bacaan /Mini Perpustakaan yang terletak dalam bilik darjah masing-masing. Murid akan dapat saling bertukar-tukar bahan bacaan sesama rakan sekelasnya dan juga dapat mengisi masa luang di dalam kelas dengan aktiviti pembacaan. (Makluman penuh sila rujuk surat SKSA/06/09/004(03) yang akan diedarkan kepada murid-murid.)

PROGRAM SAYANGI BUKU ANDA

Tuan/Puan, Dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik akan mengadakan Program Sayangi Buku Anda yang akan dijalankan pada bulan Februari ini. Tujuan utama program ini ialah untuk memupuk sikap bertanggungjawab, rasa menghargai dan menyayangi murid-murid terhadap buku-buku pinjaman (Buku Teks) yang diedarkan oleh pihak sekolah. Buku-buku tersebut akan digunakan oleh murid-murid lain pada tahun-tahun akan datang. Program ini akan berlangsung selama satu minggu. Butiran program adalah seperti berikut:- Tarikh : 16 - 20 Februari 2009 Waktu/Masa : Waktu Pendidikan Seni Visual (1 jam) Sasaran : Murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 Guru Penyelia : Guru SPBT dan Guru Pendidikan Seni. Sehubungan dengan itu, pada hari berkenaan (hari yang ada Pendidikan Seni Visual untuk minggu tersebut) anak-anak tuan/puan dikehendaki membawa plastik pembalut buku, selotape dan gunting yang sesuai untuk digunakan dalam aktiviti/program Sayangi Buku Anda ini. (sila rujuk surat SKSA/06/09/004(02) untuk sal...

PERJUMPAAN IBUBAPA MURID TAHUN 6

Tuan/Puan, Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Seri Anggerik, Kuala Lumpur akan menganjurkan satu perjumpaan bersama ibubapa murid tahun 6 Perjumpaan ini adalah bertujuaan untuk: Memberi penerangan tentang subjek teras dalam peperiksaan iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris dan Matematik. Mempertingkatkan pencapaian UPSR bagi subjek teras. Memastikan peratusan kelulusan dan kecemerlangan terus meningkat. Persediaan yang diperlukan oleh murid sebelum peperiksaan. Strategi pembelajaran berkesan. Pengurusan masa yang efisyen. Memberitahu tentang aktiviti dan program yang akan dijalankan untuk murid tahun Enam. Perjumpaan ini akan diadakan pada Tarikh : 14 Februari 2009 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Serbaguna 1, SK Seri Anggerik. Dengan makluman ini, diharapkan ibubapa /penjaga dapat memberi kerjasama sepenuhnya demi mencapai kejayaan kelak. (Sila rujuk surat kami SKSA/02/10/001(02/09))

PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH

Tuan/puan, Sekolah telah mengedarkan kepada murid-murid: 1. Lampiran peraturan disiplin mengikut budaya dan persekitaran sekolah 2. Borang pengakuan Ibubapa/penjaga perlu membaca dan memahami kedua-dua edaran tersebut. Ibubapa/penjaga juga perlu mengisi borang pengakuan tersebut dan hendaklah dikembalikan kepada Guru Kelas pada kadar segera. Oleh itu, Buku Peraturan Disiplin wajib dimiliki oleh setiap murid dan dibawa ke sekolah setiap hari. Buku peraturan boleh dibeli melalui guru kelas. (Maklumat penuh sila rujuk edaran)

PERUBAHAN MASA KELAS BAHASA CINA

Rabu: 12.20 tengahari - 1.20 petang Khamis: 12.20 tengahari - 1.20 petang Jumaat: 11.50 pagi - 1.20 petang Sekian, harap maklum.

KEM BESTARI SOLAT MURID TAHUN 1 HINGGA 5

Tuan/Puan, Dimaklumkan bahawa SKSA akan mengadakan Kem Bestari Solat seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua murid Islam DIWAJIBKAN menghadiri kem tersebut. Butiran maklumat adalah seperti berikut: TAHUN 1 Tarikh: 23 Mei 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA) 10 Oktober 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA) TAHUN 2 dan TAHUN 3 Tarikh: 28 Februari 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA) 11 Julai 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA) TAHUN 4 dan TAHUN 5 Tarikh: 16 Mei 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA) 25 Julai 2009 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.30 tengahari, di Surau SKSA) Sehubungan dengan itu, murid lelaki dikehendaki memakai baju melayu dan bersongkok sementara murid perempuan berbaju kurung dan bertudung (warna bebas). Murid-murid juga dikehendaki membawa barang-barang yang disenaraikan: alat tulis pensil warna (Sila rujuk surat SKSA/06/09/004(01) untuk makluman penuh. ...

WAKTU PERSEKOLAHAN 2009

TAHUN 1 Isnin 7.20 pagi - 12.50 tengahari Selasa 7.20 pagi - 12.50 tengahari Rabu 7.20 pagi - 12.20 tengahari Khamis 7.20 pagi - 12.20 tengahari Jumaat 7.20 pagi - 11.50 pagi Catatan Isnin 12.50 tengahari - 1.50 petang Rabu 12.20 tengahari - 1.20 petang Jumaat 11.50 pagi - 12.20 tengahari (B.Tamil & B.Cina) TAHUN 2 Isnin 7.20 pagi - 12.50 tengahari Selasa 7.20 pagi - 12.50 tengahari Rabu 7.20 pagi - 12.20 tengahari Khamis 7.20 pagi - 12.20 tengahari Jumaat 7.20 pagi - 11.50 pagi Catatan Isnin 12.50 tengahari - 1.50 petang Rabu 12.20 tengahari - 1.20 petang Jumaat 11.50 pagi - 12.50 tengahari (B.Tamil) TAHUN 3 Isnin 7.20 pagi - 12.50 tengahari Selasa 7.20 pagi - 12.50 tengahari Rabu 7.20 pagi - 12.20 tengahari Khamis 7.20 pagi - 12.20 tengahari Jumaat 7.20 pagi - 11.50 pagi TAHUN 4 Isnin ...

SEKOLAH GANTI SEMPENA TAHUN BARU CINA

Tuan/puan Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Cuti Tahun Baru Cina bermula pada 24.1.2009 hingga 2.2.2009 (termasuk Cuti Hari Wilayah). 3. Murid-murid dikehendaki menghadiri sekolah ganti pada tarikh-tarikh tersebut: a) 17 Januari 2009 (Jadual Hari Khamis) b) 14 Februari 2009 (Jadual Hari Jumaat) 4. Semua murid telah menerima Skim Pinjaman buku teks pada tahun 2009. Sila pastikan buku-buku tersebut dibalut dengan plastik dan dijaga dengan baik. Sekian terima kasih.